Kadang ku kira, hidup menyendiri lebih menyamankan dari terus bergaul dengan mereka yang berlainan fikrah. Namun ada waktu, aku sedar hidup di dunia ini kadang perlu meraikan pandangan yang berbeza.
Tapi aku buntu. Bagaimana mahu membetulkan buah fikiran yang berselisih dengan kalamNya dan sabda RasulNya?
Apabila menegur, pandangan sinis yang dibalasnya, perlian menyengat dilemparkan pula.
Haih, dunia...