Wahai diri,
Janganlah kau jadi lemah. Tabahkanlah hatimu dalam perjuangan ini. Seorang wanita mesti jadi kuat. Jangan sesekali kau jatuh hanya kerana seorang lelaki.
Wahai diri,
Lepaskanlah apa yang belum tentu jadi milikmu. Kuatkanlah dirimu. Jika benar dia dicipta untukmu tiada siapa boleh mengambilnya darimu. Percayalah, disebalik setiap kesusahan pasti ada hikmah yg tersembunyi.
Wahai diri,
Relakanlah hati untuk lepaskannya. Ikhlaskanlah diri. Allah Maha Tahu ianya tak mudah untukmu. Namun Dia tahu kau mampu bertahan. Berbaik sangkalah dgn Yg Maha Esa. Jika benar dia utkmu nescaya Dia akan pulangkan dirinya padamu.
Bersabarlah, wahai diri.
- via iluv-islam