aliliciapictures
Assalamualaikum kepada semua pembaca di luar sana.
Author tahu ramai yang sedang menantikan episod baharu Ejen Ali: Memori Alicia. Namun, author ada satu berita duka yang tidak dapat dielakkan.
Salah seorang ahli keluarga author telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang mulia ini. Arwah merupakan sepupu yang paling rapat dengan author sepanjang hidup author. Pemergiannya sangat memberi kesan mendalam sehingga mengganggu tumpuan dan emosi author untuk menyiapkan Episod 7.
Oleh itu, author mengambil keputusan untuk menunda Episod 7 buat sementara waktu. la berkemungkinan akan diterbitkan pada penghujung Januari atau awal Februari ini bagi memberi ruang kepada author untuk menenangkan fikiran. Bukan mudah untuk author menerima kehilangan ini, apatah lagi author juga pernah kehilangan seorang sahabat baik sebelum ini.
Terima kasih atas sokongan dan pemahaman korang semua. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah sepupu author.