Assalamualaikum dan hai semua pembaca Dendam Rindu.
Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi membaca, menyokong dan mengikuti perjalanan cerita ini hingga ke hari ini.
Dengan hati yang berat, saya ingin maklumkan bahawa buat sementara waktu, cerita Dendam Rindu akan saya unpublish atas beberapa sebab peribadi. Saya tahu ramai yang menunggu penamat kisah ini, dan saya minta maaf jika keputusan ini mengecewakan.
Mungkin…satu hari nanti, saya akan kembali dengan versi baru yang lebih matang, lebih tersusun dan lebih dekat di hati. Tapi buat masa ini, saya tidak pasti bila saya akan kembali menulis.
Kalau ini adalah perhentian terakhir saya di Wattpad, saya nak ucapkan terima kasih dari hati paling dalam atas setiap sokongan, komen, dan waktu yang awak semua luangkan untuk membaca karya saya.
Thanks guys. Love you so much.
Dengan kasih dan penghargaan,
— Alisyaaabelle