amirkazuma
Beberapa orang bertanya kepada saya tentang perkembangan penulisan terkini dan saya merasakan patut untuk membuat kenyataan terkini berkenaan mengenainya. Pertama sekali adalah saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca penulisan saya yang faqir lagi hina dina yang tidak seberapa dan biasa-biasa sahaja. Sebegitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadi pendorong untuk saya menulis dan membantu dalam penulisan saya sama ada dengan perkongsian nukilan, perbincangan bersama dan pelbagai lagi input yang bermakna buat penulisan saya. Saya juga menghargai semua respons terhadap penulisan saya sama ada yang berupa kritikan yang mungkin membantu dalam meningkatkan kualiti penulisan saya ataupun maklum balas positif yang menjadi sokongan moral dan keteguhan saya untuk terus berdiri di atas apa yang saya percaya. Yang kedua adalah saya memohon maaf kerana sudah lama tidak menghasilkan penulisan yang baru atau apa-apa sahaja disebabkan kekangan masa yang tiada kelapangan ruang untuk saya terus menulis. Saya memohon maaf sekali lagi jika ada yang menanti yang terkini daripada sayaߨ tetapi belum ada perkembangan terbaru padanya. Saya amat berharap saya akan mempercepatkan hajat ini kerana saya juga ada banyak perkara yang ingin saya bincang dan bahas sama ada secara ringkas atau tuntas. Yang ketiga adalah antara projek saya selepas ini adalah menerbitkan edisi terbaru penulisan saya disebabkan saya masih belum berpuas hati dengan hasil penulisan yang sudah ada. Boleh dikatakan 90% daripadanya perlu dibaiki, diolah semula, diperbanyakkan lagi mendemonstrasikan kaedah, penambahan rujukan dan nukilan. Mungkin ada yang tertanya sama ada saya menarik pandangan saya atau tidak. Jawapannya adalah saya tidak menarik balik. Saya cuma ingin memperkemaskan dan memperbaiki penulisan yang sedia ada ini supaya ia dilihat bermutu untuk saya. (.........)
amirkazuma
Lihat sahaja mutu penulisan saya yang saya sendiri tidak berpuas hati pun sudah memadai. Tidak perlu menyibukkan diri untuk memfokuskan lebih kepada saya. Carilah ahli yang lebih banyak membantu dalam membina aspek kefahaman dan pemantapan ilmu. Hamba yang sangat hina, Amir Kazuma.
•
Reply
amirkazuma
Ya༡ Mungkin ada sebahagian judul penulisan yang saya akan tarik balik dan disekalikan dalam satu penulisan baru yang lain atau diganti dengan satu judul penulisan yang lain. Pendapat saya tetap tidak berubah. Hanya sahaja persembahan penulisan sahaja yang akan berlainan dengan izin Allah. Apapunߨ saya tetap terbuka untuk pertanyaan jika ingin membuat kepastian bagi pendirian atau pendapat yang terkini atau perbincangan jika saya berkelapangan untuk merespons. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada kesudian untuk memberikan masa dalam menelaah dan ambil perhatian terhadap penulisan saya. Moga ia bermanfaat untuk para pembaca sekalian semua. Mungkin ada yang tertanya jika penulisan yang saya ada sekarang ini boleh atau tidak untuk dibaca/ Saya sendiri pun tidak pasti lantaran saya masih belum berpuas hati dengan yang sedia ada. Mungkin sahaja boleh dibaca untuk ambil beberapa manfaat. Pun begituߨ seseorang perlu beringat bahawa penulisan tersebut perlu diperbaiki dan ditambah baik. Ia bukan dikira yang terbaik untuk saya berpuas hati untuk mempersembahkannya. Mungkin ada penjelasan yang tidak cukup paduߨ keterangan yang tidak menyampaikan dan perujukan yang agak kurang. Seseorang yang ingin ambil manfaat ⁃jika ada⁃ perlu menggunakan daya kritis masing-masing. Apapunߨ saya tetap bukan yang terbaik untuk dipelajari dan diambil ilmunya. Saya hanya berkongsi dan menyampaikan apa yang saya percaya yang wajar untuk diwacanakan semata-mata menggapai redha Allah dan kepuasan kajian diri saya sahaja. Saya tidak buat untuk orang lain dan mengharapkan apa-apa respons dari orang pun sama ada pujian atau sebaliknya. Ambillah dari orang yang lebih berkeahlian dan lebih terkehadapan. Saya cumalah penulis yang tidak ada apa-apa keistimewaan signifikan untuk dibanggakan di pentas masyarakat. (.......)
•
Reply