Alhamdulillah sekali lagi, saya telah menyiarkan dua lagi Chapter terbaru siri Banang iaitu chapter 26 dan 27, sambungan yang semakin menghangatkan pada saya sebagai penulis.
Apa yang bakal terjadi kepada Banang?, apa yang sudah terjadi kepada Tapa?, Apa seterusnya yang bakal menjadi hala tuju siri ini?, Saya sendiri masih memikirkannya bagaimanapun yang saya pasti, siri ini telah sampai di pertengahannya, bermakna akan ada separuh lagi siri yang bakal diterbitkan sehingga tamat kelak.
Kepada para pembaca yang memberi sokongan dan kritikan tidak henti, saya sangat-sangat hargai, walaupun naskah ini tidak mendapat sambutan mungkin kerana isi kisahnya, atau penulisannya yang membosankan atau mungkin pula kerana diri penulis yang masih amatur,
Walau apapun sebabnya, saya tetap merasa bangga kerana naskah ini adalah 100 peratus hasil dari buah fikiran saya.
Yang masih ikut naskah ini, harap bersabar dan terus membaca, kepada yang baru membaca diharap boleh terus membaca, dan kepada yang belum membaca, diharaplah baca,
Hahaha..
Terima kasih semua!!