Aurora Elyse-gadis polos yang terlalu sempurna untuk dunia ini.
Dia hidup dalam dunia yang indah, dikelilingi taman bunga, senyuman, dan teman yang menyayanginya. Di sana, tiada kesakitan, tiada tangisan... hanya bahagia yang kekal. Atau, itukah kebenarannya?
Di sebalik senyuman dan bunga yang mekar, Aurora mula mendengar suara aneh. Suara dari dunia lain-dunia yang dia cuba lupakan. Dunia tempat dia terluka, terseksa, dan... hampir hilang nyawa.
Kerana realitinya, Aurora sedang koma selepas satu percubaan bunuh diri. Dunia bahagia yang dia huni kini hanyalah khayalan-ciptaan mindanya sendiri untuk lari dari trauma zaman kecil.
Tapi bila retakan mula muncul dalam dunia itu, Aurora harus membuat pilihan: terus tenggelam dalam mimpi indah yang palsu... atau bangkit dan hadapi kebenaran yang menyakitkan.
"Kadang-kadang, untuk hidup semula... kau perlu hancur dahulu."
https://www.wattpad.com/story/394433743