Pada tanggal 13 october 2023,
aku bagai baru terjaga dari lena yang panjang,
badanku basah akibat keringat yang keluar.
Air mataku tumpah kerana sakit yang menghunus jiwa.
Ya Allah, aku berdosa.
Aku lalai dibuai lena yang panjang sehingga aku tidak sedar aku telah membuang masa.
Terimalah aku ketika aku bersujud. Terimalah aku, ya Allah.
Aku ingin bertaubat ke jalan mu. Aku ingin diampuni mu, ya Allah.
Aku seorang hamba yang lalai dengan dunia. Sedarkanlah aku, ya Allah. Jentiklah sekuat mana jiwaku. Aku sanggup, ya Allah.
-ainurazlan-