areejairin

areejairin

 MAKLUMAN 
          
          Assalamualaikum dan hai,
          
          Alhamdulilllah, berakhir sudah penantian.
          
          Novel Selama Kau Pilihku sudah terbit!
          Covernya cantik bangat 
          Boleh tengok cover di facebook Penerbitan DearNovels. Sambil-sambil tu, boleh juga usha novel-novel lain.
          
          Insya-Allah pra tempahan akan dibuka esok.
          
          Stay tuned. 
          
          Untuk bacaan 5 bab awal, boleh terjah link di bawah.
          
          Thank you.
          https://www.wattpad.com/story/298012531

areejairin

AKAN DATANG
          TERBITAN PBAKL
          
          Tajuk: TAKKAN TERGANTI
          Penulis: AREEJ AIRIN
          Harga: RM24 / RM27
          ISBN: 978-967-2116-54-7
          
          "Hana, kenalkan ini Syaz. Bodyguard merangkap pemandu Hana dan Syaz, ini Hana."
          
          Dek ancaman Dato' Zaki, Hana terpaksa menerima kehadiran pengawal peribadi merangkap pemandu demi menjaga keselamatannya. Kecurigaan memenuhi ruang hati Hana tatkala mengetahui kemunculan Syaz bersebab. Dia cuba merungkaikan rahsia itu.
          
          "Kenapa you selamatkan I, Syaz? Kenapa you tak biarkan dia orang ambil I je? Kenapa nak risikokan nyawa you?"
          
          "Saya dah cakap tugas saya menjaga keselamatan Cik Hana. Saya cuma jalankan tugas saya."
          
          "Sampai sanggup gadaikan nyawa you sendiri?"
          
          "Ya. Kalau perlu."
          
          Malang tidak berbau, mereka berdua terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Sedar saja daripada koma, Hana disahkan amnesia. Separuh daripada ingatannya hilang. Bermula dari situ, kehidupan Hana mula berubah.
          
          "Jangan salahkan takdir, Hana. Semua yang berlaku ini bersebab." - Syaz
          
          Hana pegang kata-kata itu dan cuba untuk bangkit semula. Demi dirinya dan demi keluarganya. Tapi mampukah Hana memaafkan dirinya sendiri atas kesilapan lama? Mampukah dia cuba untuk menyayangi dirinya semula? Dan mampukan dia tamatkan semuanya tanpa perlu mengorbankan satu lagi nyawa?
          
          Even the scars that were formed from my mistakes are my very own constellations.
          
          P/s: Jangan lupa dapatkan novel ni. 

areejairin

@areejairin hehehe... Ok sis. Selamat membaca 
Reply

Syarafinarch

@areejairin jumpaaa.. Ok masuk list bacaan sy..
Reply

areejairin

          JODOH AKU READY STOCK
          
          SINOPSIS:
          
          Hidup yang dulunya tenang mula huru-hara kerana Adam. Bunga diberi kata dua, carikan pengantin untuk Adam atau sama-sama naik pelamin dengan sahabat baiknya sendiri. Bunga diserang dilema. Ditelan mati bapak, diluah mati emak. Makanya dia ambil keputusan yang memihak kepada dirinya.
          
          “Aku nak kau ikut permintaan umi. Aku nak kau kahwin.” - Bunga Syauqina
          
          Rancangan mencari pengantin untuk Adam bermula, tapi sayang seribu kali sayang, rancangan Bunga musnah. Di saat semuanya hampir gagal, muncul pesaing lama cuba merampas kehidupannya semula. Bunga mula menggelabah. Lili mengaku dia sudah berubah, tapi hati Bunga sukar mempercayai gadis itu lagi. 
          
          “Qina... aku dah berubah. Mustahil aku akan ulang lagi benda yang sama. Tolonglah percayakan aku.” - Lili
          “Kau berubah atau tak, aku memang takkan percayakan kau lagi. Once, it’s a mistake but twice, it’s a choice.” - Bunga
          
          Apabila sejarah lama terbongkar, hubungan Bunga dan Adam menjadi renggang, tapi atas satu permintaan, mereka berdua disatukan dalam keterpaksaan.
          
          “Aku ni suami kau. Tak payah buat-buat lupa.” - Adam
          “Ya, kau memang suami aku sekarang, tapi semua tu bukan atas kerelaan aku. Jadi, kau tak boleh nak kongkong hidup aku.” - Bunga
          
          Dalam kekalutan rumah tangga Bunga, muncul Fauzan cuba meraih hati gadis itu. Memilih Fauzan bermakna Bunga menghancurkan banyak hati, tapi memilih Adam tidak memaknakan kebahagiaan bakal menjadi miliknya.
          
          
           #areejairin #jodohakureadystock #novelseptember #DearNovels