Dilahirkan di bumi bertuah, aku pertama kali menghirup udara yang diciptakan-Nya. Dari gendongan, merangkak sehinggalah berlari, aku membesar sebagai seorang insan yang juga punya cita-cita sendiri. Tidak banyak, cukuplah aku dapat berbakti pada nusa dan syiar agama, serta meraih redha-Nya.
Tidak beberapa lama, aku menemukan satu pintu yang penuh huruf, abjad, kata-kata dan makna. Ia terbang melayang-layang ke sana sini tanpa haluannya. Kukutip sedikit demi sedikit sementara aku masih di dalam kamar renta ini, untuk kuhimpun jadi wacana yang berguna buat masyarakat.
Ah... Terlalu panjang dan meleret-leret pula aku merapu sendiri. Maafkan aku. Kerana aku ingin membuka pintu-pintu perasaan di hati menjadi rangkai-rangkai harapan dan nasihat buat masyarakat juga untaian doa dan ingatan kepada Tuhan, lalu kupilih jalan ini. Semoga dari titisan pena ini, hati-hati kita sama bersemi abadi dalam semusim cita meraih redha Ilahi.
- JoinedMarch 3, 2016
Sign up to join the largest storytelling community
or