athyel
Link to CommentCode of ConductWattpad Safety Portal
Did I really have a second thought about writing a prompt of a husband drinking from the same glass with her wife, putting his lips on the lipstick stain that she left? When I've wrote about a husband eating the same lollipop that has been in his wife's mouth?
The problem is, which one is worst? Why was the former feels more sensual and the latter feels like it belong in rom com?
And why am I the writer?
athyel
Was supposed to be in love with fictional characters only.
athyel
"Percaya aku, aku akan cinta kau sampai mati. Dan kau akan menyesal dengan keputusan kau tinggalkan aku."
Aku tatap dia kosong. Air matanya yang mengalir perlahan, aku renung sepi.
Dia ketap giginya. Namun masih tidak mampu menyorok bibirnya yang bergetar. Dan keningnya yang berkerut sayu, meski aku yakin dia cuba menayangkan reaksi marah.
Malangnya, dia kalah dengan emosinya dan aku terlalu kenal dia untuk tertipu.
Aku tarik nafas panjang, cuba meringankan hati yang terasa berat dan hiba. "Kau cakap macam itu pun, aku tak akan tukar fikiran. This is beyond us."
"What? Nothing is beyond us-"
"What if I lost feeling then? Is that something you can fix?"
Dia terdiam.
Aku mengeluh perlahan. Tunjuk ekspresi menjengkelkan padahal aku tidak sabar beredar dari situ kerana perasaan aku juga tinggal tunggu masa saja untuk meledak.
Dia tertawa sinis. Wajahnya diraup kasar. "You're lying."
"How would you know?"
"I just know." Dia pandang aku tepat ke dalam mata. "I know you just as much as you know. But I can't tell why you wanna leave me so bad, and that pissed me off."
Sekejap saja, air mata aku mula bergenang dan aku terpaksa mengalihkan pandangan untuk menyembunyikannya. "I need to go somewhere."
"To cry? Screw it, the more you react like you still love me, the harder it is for me to let you go. You know what I can do, right? You know what I can do to make you stay."
Air mata aku jatuh. Bibir digigit. Ergh, aku sudah kehabisan alasan untuk buatkan lelaki ini bencikan aku.
athyel
Manis.
Bukan gula, bukan madu, tapi kamu.
Lebih manis jika senyuman itu untuk aku.
athyel
You know what, screw it
athyel
"Saya rasa saya hodoh."
Aku terus mengalihkan pandangan dari skrin telefon, ke arahnya yang juga sedang bermain gajet. Kening berkerut. "Apa yang hodohnya?"
Dia jatuhkan telefon, menoleh kepada aku. "Saya rasa saya manusia yang hodoh, dalaman dan luaran."
Hati aku rasa hiba mendengar luahan itu. Spontan tangan aku naik menyentuh pipinya dan aku usap perlahan. "Sayang, awak cantik."
"Bukan hensem?"
Aku tersenyum. Rambutnya aku sikat dengan jemariku. "Cantik dan hensem. Dalaman dan luaran. Awak layan saya baik, macam permaisuri. Awak buat saya gembira, awak buat saya tenang dalam rumah kita. Awak hadiah terindah dari Allah. What more can I ask for?"
Dia diam sejenak. Aku sedar, telinganya mula bertukar merah namun dia sedaya upaya menahan reaksi wajahnya. "Hmm, tak jadi nak insecure."
Aku tersenyum sumbing. "Tak payah insecure."
Tanganku yang masih berada di rambutnya dia genggam dan dia bawa ke bibirnya. "Terima kasih, sayang. Tapi saya rasa saya cantik dan hensem sebab awak ada dengan saya."
Kali ini, giliran aku pula yang rasa hangat di wajah. Suka betul dia buat aku kehilangan kata. Tidak ketinggalan dia punya senyum puas kemenangan.
•
Reply
athyel
-puisi dan rasa rindu-
Aku mahu kamu.
athyel
-puisi dan rasa rindu-
Aku pandang langit, cuba mencari tenang dalam kacau-bilau dunia yang bingit namun entah kenapa, ia mengingatkan aku tentang kamu.
Biru, warna kegemaran kamu.
Geleng kepala, aku tunduk merenung rumput hijau yang aku pijak- sekali lagi, wajah kamu muncul dalam kepala kerana hijau itu, kata kamu warna yang mendefinisikan aku.
Akhirnya, aku jadi putus asa. Aku terima rasa rindu yang memeluk segenap kewujudan aku dan kepada Allah yang mengetahui setiap gerak-geri kamu, aku berdoa agar rindu terbang kepada kamu dan semoga dalam sepasang mata lain yang sedang kau renung ketika ini, kamu cuma temui aku.
•
Reply
athyel
"Apa yang kurang dengan aku?"
"Tak-"
"He cheated on me with a girl he just met! Kita orang dah kenal lama! I knew almost everything about him! I took care of him! I love him!"
Rakan aku terdiam. Hanya menatap aku dengan mata berair. Berbeza dengan aku yang sudah menghamburkan tangisan sejak tadi.
Dada aku turun naik mengatur nafas. "Apa kurangnya aku ini daripada perempuan itu? Tak cukup ke apa yang aku buat?"
"Hei, kau tahu apa yang dia buat itu atas kehendak dia sendiri. You did your best, you love him at his lowest. Yet it's still not enough, sebab dia yang rasa tak cukup. Bukan sebab kau yang tak jadi 'cukup' untuk dia."
Aku gigit bibir. Sakit. Sakit ini tidak tahu mahu aku luahkan bagaimana. Sakitnya terlalu menghurung jiwa sehingga aku berharap ada pisau yang menikam dada aku agar rasa sakitnya berpindah ke kulit dan isi tubuhku.
Perit. Sakit. Sakit. Sakit!
Oh Tuhan, kali ini saja, izinkan aku untuk menginginkan mati.
athyel
"Can you tell me you love me?"
Aku pandang dia, lama. Penuh cinta. Mungkin dia juga sedar akan hal itu tapi dia mahu mendengarnya keluar dari mulut aku sendiri.
Malangnya, aku seorang yang pengecut.
Tidak mampu mengatakan tiga perkataan mudah itu sedangkan aku sudah cukup lama hidup untuk lidah ini lancar membicarakannya.
Hujungnya, aku hanya menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Dia diam sejenak, sebelum perlahan-lahan menyelesakan dirinya.
Wajahnya disembamkan ke bahu aku dan tangannya merangkul erat, tubuh ini.
"Why?" Suaranya bergetar. "Do you not love me?"
Mata aku pejam. Gigi diketap.
Satu benda yang dia tidak tahu, alasan aku tidak mampu mengucapkannya adalah kerana aku terlalu cinta.
Namun aku takut sekiranya dia tahu akan hal itu, dia tidak akan mahukan aku lagi.
athyeleanor
Mungkin nda bulih hukum diri sendiri juga bila rasa mau dicintai.
Bukan itu fitrah manusia kah?
Masa lahir pun, disambut dengan pelukan yang hangat. Dengan azan dilaungkan di telinga.
Bukan semua orang mau kasih sayang kah?
Tapi dalam masa yang sama, don't think that it's the only purpose of our lives. Semata-mata mau cari cinta.
Cinta Allah, mungkin ya.
Dari manusia?
Manusia itu sifatnya sementara dan mengecewakan sebab tidak akan pernah sempurna.
But that's probably what makes loves between humans are beautiful.
And it goes back to Allah who holds all the beauty in the world.
athyeleanor
Dia ada satu ruang media sosial yang tiada siapa tahu, untuk dia luahkan perasaannya pada jejaka yang dirindu.
Tapi, tiada siapa tahu bermaksud jejaka itu juga tidak tahu. Bahkan mungkin sudah melupakan kewujudannya.
Sehingga ke hari ini, dia masih setia bercerita tentang hari-harinya di akaun tersebut.
'Rindu gila. Tadi aku masuk kedai runcit yang selalu kita singgah waktu pulang sekolah. Aku try cari aiskrim kegemaran kau tapi dah tak ada. Mungkin sebab dulu kau aje yang rajin beli, sekarang tak laku. Sumpah rindu. Aku tak tipu, aku rasa macam aku nampak bayang-bayang dekat semua ruang yang kau pernah isi dalam kedai itu. Kadang-kadang terfikir jugak, aku ini gila ke? Tapi aku tahu, aku cuma rindu. Please lah, kau memang dah tak ingat aku ke?'
Telefon diletakkan di sisi. Kosong renungannya ke arah skrin televisyen.
Jujur, dia rasa dirinya menyedihkan. Kenapa masih tunggu orang yang berkemungkinan sudah lupakan dia?
Lagipun, penantiannya tidak menjanjikan apa-apa. Entah entah nanti bila jumpa semula, lelaki itu sudah kahwin.
Paling sakit, ada anak.
Bibir digigit. Bayangan itu menghadirkan rasa sakit yang benar-benar mencucuk.
"Tapi nak buat apa?" Keluhan itu keluar dari celah bibir. "Aku memang tak boleh lupa."
athyeleanor
HER POV
"Cantik."
Laju kepala aku menoleh ke belakang. Gigi diketap apabila pandangan aku berlaga dengan lelaki itu.
Dia senyum. "Cantik pokok bunga ibu kau."
Aku pandang semula ke hadapan- ruang yang dipenuhi dengan tanaman-tanaman bunga ibu yang diaga rapi sehingga membuahkan hasil seindah ini.
"Ibu pandai jaga," singkat jawapan aku.
"Five years sticking with each other through thick and thin. Don't you think it's impossible to forget?"
Jantung berdetak laju tapi aku masih cuba kawal respon. Hanya tertawa halus kemudian memandang dia. "Betul. Lainlah kalau hilang ingatan."
"So I suppose, none of us had a memory lost." Sambil bercakap, langkahnya dihayun menghampiri aku. "But you don't even look when your mom introduce me."
Tidak gelabah walau hakikat sebaliknya, aku kekal tersenyum dan tenang. "Takut masakan terbakar."
"Kau nak sorok kenyataan yang kita memang kenal satu sama lain?" Keningnya bertaut.
"Well, tell me what will you do if you were in my place?"
Dia terdiam.
"Will you said 'eh ini kawan saya waktu sekolah menengah dulu, ibu'? Hmm?"
Bibirnya meleret senyum sinis. "I will. I won't act like I don't remember."
•
Reply
athyeleanor
"Kenalkan ini anak kawan ibu."
Dia cuma senyum ke arah ibunya. Selesai tuang air dalam gelas, dia terus berjalan ke arah dapur.
Lantas dia menyorok sebalik dinding. Bersandar di situ. Namun lututnya lemah. Tidak semena-mena, dia jatuh terduduk di atas lantai.
Tangan yang menggigil digenggam kuat, menumbuk berkali-kali kakinya yang hilang tenaga.
Air mata jatuh tanpa sedar.
Lelaki itu sudah kembali. Lelaki itu menjejakkan kaki semula ke dalam hidupnya.
Tapi dia tidak tahu mahu rasa apa.
•
Reply
athyeleanor
'Nak tahu tak? Kalau aku jumpa kau balik pun, aku cuma akan tanya khabar. Bila dah lama tunggu ini, aku dah tak boleh harap apa-apa. Aku nak tahu kau okey atau tak aje. Dan kau pun, belum tentu suka aku macam mana aku suka kau.'
•
Reply