"Haykarl, don't."
Langkahnya terhenti. Lantas dia berpusing memandang aku semula. Keningnya berkerut. "Kenapa?"
"I don't want you to be paired up with her for the competition." Aku tunduk. Ergh, apa benda aku cakap ini? "Jadi jangan jumpa dia."
"But, Nura..."
Aku hanya diam. Menunggu dia menolak permintaan aku. Lagipun, memang itu yang aku mahu. Mungkin gadis itu bukannya ada perasaan terhadap dia pun, tapi aku yang terlalu berfikiran jauh.
Tambah pula, tindakan aku menampakkan aku seolah tidak mempercayai Haykarl. Padahal mereka cuma akan berkerjasama untuk acara badminton nanti.
Aku gila ke?
"Okay."
"Nevermind, I know you will say- huh?" Aku angkat kepala.
"I won't go if you tell me not to," ujarnya sambil sebelah tangan menggosok telinga yang agak merah. Hujung bibirnya meleret tipis, cuba ditahan namun dia tidak boleh sorokkan.
No, I'm not the crazy one. He is!
"Kejap, aku tarik balik. Kau kena pergi. I was being stupid and childish. I wasn't supposed to hold you back."
"Really?" Reaksinya terbalik. Kali ini, dia tiba-tiba menayang riak sedih. "Are you okay with that?"
Ini tidak masuk akal.
We're not even in a relationship! Aku belum confess! Dia saja yang selalu tunjukkan perasaan dia supaya aku tahu dan ingat.
Wajah aku berbahang. Baru ditampar oleh kesedaran sendiri. Memalukan betul!
"Ya, aku okay." Pandangan aku alihkan. "Erm, bye!"