atulaisy_ckk

Btw, pesanan penaja ✨
          	
          	Diingatkan sekali lagi, malam ini adalah malam terakhir untuk baca Datuk or Dato’ di platform 
          	
          	Selepas pukul 12 malam, Aisy akan unpublish versi lama dan gantikan dengan versi baharu untuk tujuan promosi, serta memberi ruang kepada pihak penerbit menjalankan kerja mereka.
          	
          	Harap maklum ya 
          	
          	Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga ✨

atulaisy_ckk

Btw, pesanan penaja ✨
          
          Diingatkan sekali lagi, malam ini adalah malam terakhir untuk baca Datuk or Dato’ di platform 
          
          Selepas pukul 12 malam, Aisy akan unpublish versi lama dan gantikan dengan versi baharu untuk tujuan promosi, serta memberi ruang kepada pihak penerbit menjalankan kerja mereka.
          
          Harap maklum ya 
          
          Terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga ✨

atulaisy_ckk

Secara rasminya, rumah penerbitan telah mempersembahkan cover buku Datuk or Dato’. Dengan penuh rasa rendah hati, Aisy ingin berkongsikan cover-nya secara rasmi di semua akaun media sosial Aisy ✨
          
          Besar harapan agar Datuk or Dato’ dapat menemui pembaca-pembacanya yang tersendiri. Aisy tak janji banyak, cukuplah jika karya ini diberi ruang di rak buku anda dan menjadi salah satu bacaan anda semua 
          
          Insya-Allah, teaser dan blurb akan menyusul untuk dikongsikan tidak lama lagi.
          
          Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun di belakang tabir. Tanpa anda semua, Aisy dan Datuk or Dato’ tidak akan sampai ke tahap ini ✨
          
           Link 
          Threads: https://www.threads.com/@atulaisy
          Instagram: https://www.instagram.com/atulaisy?igsh=MTB1cDZvbWNmNzB3aA==

atulaisy_ckk

Wah! Nampaknya rumah penerbitan Datuk or Dato’ dah rasmi reveal tajuk untuk versi terbitan ✨
          
          Serius tak sangka dah sampai tahap ni… teruja sangat-sangat!!! 
          
          Yang follow dari awal mesti rasa lain macam kan? Dari Wattpad sampai ke buku fizikal 
          
          Tak sabar nak share lagi update dengan korang! 

atulaisy_ckk

Tempoh hari Aisy ada maklumkan bahawa karya Datuk or Dato akan diturunkan (unpublish) dari platform Wattpad pada 12 Januari. Namun sehingga hari ini, karya tersebut masih lagi tersedia untuk dibaca.
          
          Dukacita dimaklumkan bahawa pada pertengahan atau hujung bulan April ini, Aisy akan menurunkan Datuk or Dato daripada Wattpad bagi memberi ruang kepada pihak rumah penerbitan membuat persiapan sekali gus meneruskan promosi versi buku fizikal.
          
          Di platform ini, Aisy hanya akan kongsikan beberapa bab awal sebagai bacaan percubaan (preview) untuk pembaca yang berminat mendapatkan naskah fizikal.
          Aisy harap korang semua dapat memahami keputusan ini. Sokongan korang amat Aisy hargai, dan Aisy mohon doa agar versi fizikal ini menjadi lebih baik serta diterima oleh semua golongan pembaca.
          
          Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Aisy ucapkan kepada korang yang telah bersama Datuk or Dato sejak tahun 2016/2017 hingga ke hari ini. Aisy benar-benar menghargainya.
          
          Sayang korang ketat², sendat² dan padat². 

atulaisy_ckk

Merancang untuk rombak semuanya pada tahun hadapan. Bermula dengan Can I Kill Him. Harapnya rancangan yang bakal dirancang ni bukan sekadar rancangan kosong tapi satu langkah baru yang diambil untuk kembali ke dunia penulisan yang dirindui. 
          
          Dan untuk Datuk or Dato' berkemungkinan akan di'unpublished' pada 12 Januari 2026 kerana ia dalam perancangan untuk diterbitkan. Terbit di bawah rumah penerbitan mana akan dimaklumkan kemudian selepas dapat kepastian. 
          
          Semoga yang baik-baik sahaja, insya Allah.