Cyber_Misteri

https://my.w.tt/klStjkgn1Z
          
          *SANTAI SAHABAT*
          *SANTAI DAKWAH*
          
          JEMPUT FOLLOW DAN JEMPUT MASUK GRUP INI DENGAN TEKAN LINK DI BAWAH
          
          https://chat.whatsapp.com/HgowytpP9tbKnXQmFNE5T8
          
          GROUP MENCARI SAHABAT KERANA ALLAH DAN BERSAMA-SAMA KONGSI ILMU DAN BERDAKWAH DAN USRAH JOM BERSAMA-SAMA SAHABAT KITA BERKONGSI ILMU AGAMA
          
          Baginda Rasulullah Saw : Bersabda
          
          بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
          
          Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.
          
          Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) 
          
          Justeru, orang yang tidak ada ilmu tidak patut mengajar tetapi dia perlu belajar dan tidak salah untuk menyatakan ‘aku tidak tahu’.
          
          Ilmu itu sendiri mesti betul. Tidak boleh menyampaikan ilmu yang tidak betul. Contohnya seseorang itu berkehendak mengajar ilmu tauhid tetapi dia tidak mengetahui hakikat tauhid dan perbezaan dengan syirik.
          Ilmu itu perlu disampaikan dengan cara yang sesuai dan berhikmah.
          
          Persoalan; adakah perlu setiap kali berjumpa orang perlu disampaikan ilmu? Jawapannya, tidak perlu. Ini kerana berdasarkan hadis:
          
          مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
          
          Maksudnya: Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu tetapi menyembunyikannya, Allah akan mencambuknya dengan cemeti daripada api pada Hari Kiamat.
          
          Hadis riwayat Imam Abu Daud (3658) dalam Sunan-nya.
          
          Hadis ini memberi pengertian bahawa yang diharamkan ialah apabila seseorang itu sememangnya memiliki ilmu, lalu ditanya orang, tetapi dia menyembunyikannya.
          
          Untuk penyakit gagap, terdapat banyak cara untuk seseorang menyampaikan ilmu. Antaranya dengan penulisan. Contoh, buku, media sosial, dll. Kemudian, percakapan bagi menyampaikan ilmu juga boleh dilakukan dengan ringkas, tidak semestinya panjang. Ringkas tetapi maklumat tepat. Tetapi ini semua bergantung kepada kemampuan kita.
          
          *Wallahua’lam*