segala puji buat yang Maha Esa,
saya kehilangan kosa kata semasa saya melihat voting dari yang sudi membaca cerita saya. saya rasa terharu sangat sebab cerita saya diibaratkan bayi yang baru nak belajar merangkak, penuh dengan kekurangan dan kesalahan.
awak penguat semangat saya untuk terus menulis.
saya menulis bukan buat mencari nama. saya menulis kerana saya mencari sesuatu yang hilang dalam diri saya.
vote dari awak betul-betul buat saya rasa 'im not alone anymore. out there, there is someone who appreciates me.'
ya ampun! apalah yang saya merepek ni. malunya!
apa-apa pun, terima kasih sangat-sangat. tiada kata yang dapat saya berikan selain daripada ucapan itu.
* you make my heart smile *
p/s : kalau ada kekurangan pada cerita saya, saya hargai sebarang teguran. saya masih belajar menyusun kata dan akan terus belajar lagi.