blackfactor2024

Ada masa aku akan berkarya semula .. apa saja momen yang terlintas dalam fikiran aku, aku akan catatkan.

blackfactor2024

IJA .. wanita yang datang dalam hidupku sebagai seorang kenalan baru walaupun aku sudah mendirikan rumahtangga. Dia yang datang daripada keluarga berpendidikan agama amat menarik perhatianku. Aku tahu usianya berbeza daripadaku sekitar 7-8 tahun, namun wajah dan rupa parasnya cukup menampakkan kematangannya. Aku panggil dia Ija. Dia memilih kerjaya seorang guru dalam bidang agama. Dia mempunyai ijazah dalam bidang tersebut. Aku bukanlah kuat sangat pasal agama ni walaupun aku pernah mendapat pendidikan agama. Semasa aku mula mengenalinya, aku sangat tertarik dengan perwatakannya. Seorang yang lemah lembut dan amat mudah untuk diajak berbicara. Dia mempunyai ketinggian yang sederhana saja dan sentiasa berbaju kurung serta mengenakan tudung bawal yang tidaklah terlalu labuh. Aku sentiasa menjadi tempat Ija mengadu masalah atau berkongsi cerita. Dia pernah menceritakan bagaimana ada lelaki suami orang yang cuba menggoda dia melalui SMS dan panggilan telefon. Dia kata, mula-mula dia layan panggilan atau mesej tersebut. Tetapi di penghujungnya, lelaki tersebut ajak keluar dating. Dia terus menolak pelawaan tersebut. Bukan seorang, dan buka dua orang yang cuba menggodanya, malah ramai sangat. Aku pun memang yakin dengan penampilannya dan wajahnya yang sangat menawan, tidak mustahil ramai yang cuba menggodanya.. termasuklah aku yang cuba nak try.

semutpower

@blackfactor2024 welcome back... ada cerita baru nampaknya... 
Reply

MuhamadzakiJamaliah

Kenapa cerita ni dh tak boleh buka tak sempat nak baca bahagian 2??

blackfactor2024

@Darkkey90 TQ .. tepat sekali. Kalau berbayar, kami tak boleh nak buat macam tu. Tapi karya kami semuanya free.
Reply

Darkkey90

@MuhamadzakiJamaliah dengan writer awak kena sabar sikit. Dia ada season publish ada season unpublished.
Reply

blackfactor2024

Untuk pengetahuan semua.. karya Abang... Maafkan Ija dilepaskan terlebih dahulu kerana menunggu sedikit update ke atas karya Abang ... Maafkan Sal. Sebaik saja Abang .. Maafkan Sal telah diupdate, ia akan dipublish semula dan akan Abang ... Maafkan Ija akan di-unpublishkan semula.

aimworms

@blackfactor2024 elok penana lagi.. karya tak penah hilang
Reply

user89590017

@ blackfactor2024  hilang terus..
Reply

blackfactor2024

Karya yang diubahsuai daripada Cikgu Mala.. Lamaran Bisnes Online sudah diterbitkan.
          Bab 1: Perkenalan

abangkhai1966

@blackfactor2024 sama bro, mcm DSI..awalnya cuma 1 bab nak dimasukkan dlm bab 30, lani mtk diolahkn lbh2..jd laa 20 bab, itu yg tpksa jdkan citer baru MAP...huhu
Reply

blackfactor2024

@abangkhai1966  Semoga ada kekuatan  untuk menamatkan kisah yang belum berpenghujung. Bila mengarang.. adanya lintasan scene yang dirasakan perlu dimasukkan. Daripada 1 perenggan jadi 3-4 perenggan, daripada 1 bab jadi 2-3 bab. Bila laa boleh habis.
Reply

abangkhai1966

@blackfactor2024 ok bro Zackie, noted. harap2 AMS ada sambungannya hingga berakhir... #No. 1 tu, hehe
Reply