bulanbyru

Mungkin awak fikir saya tak kan boleh hidup tanpa awak, sebab tu layanan awak macam ni, kan? 
          	
          	Little did you know, saya dah cuba karang ayat untuk melepaskan sudah hampir beberapa bulan.
          	
          	:)

bulanbyru

Aku kira, perbincangan malam ini menarik.
          
          Sahabat ku mengeluh, "Kenapa lah kita tak ditakdirkan untuk bercinta dengan orang yang sama dengan kita? Mesti best kan? Sweet je. Eh tak best gak, nanti bosan. Tapi ok apa, gaduh pun tak teruk, sebab memahami."
          
          Dan dari situ, akal ku menjadi waras kembali dan menyanggah hipotesis itu.
          
          Kata ku, "Cuba fikir balik, kenapa kita terima pasangan kita yang sekarang? Bukan ke sebab sebelum kita kena mereka sedalam ini, kita rasa, kita dan pasangan kita adalah satu. Kita suka A, pasangan kita suka A, kita suka B, mereka juga sama. Dan semakin berlalunya waktu, kita baru tersedar bahawa pasangan kita suka kan M sedangkan kita tidak, kita suka kan L dan mereka sebaliknya.
          
          Sahabatku mengiyakan
          
          Dan aku sambung, "Beginilah analoginya. Kita dan pasangan ibarat satu garis lurus yang perlahan² terbahagi kepada dua. Andaikan kau dan dia dari sebuah tempat yang sama, melalui sebuah rumah tol yang sama. Selepas kau melalui tol tersebut, pasti terbentang dua jalan, dua² akan berikan jalan ke arah yang ingin kau tuju. Bezanya, satu jalan itu dekat, dan satu jalan lagi jauh kerana perlu berpatah semula. Adakah tidak akan sampai ke destinasi yang dituju jika kau dan pasangan guna jalan yang berlainan?"
          
          Dia, sahabatku, masih mengiyakan.

bulanbyru

Aku terus kan, "Jika destinasi kau dan pasangan adalah sama, pasti akan bertemu di destinasi itu, meski pun jalan yang dipilih itu berlainan. Daripada sini kita kena sedar, kita bukanlah mencari pasang yang sama dengan kita, tapi kita mencari pasangan yang saling melengkapi, itu jauh lebih penting."
            
            Kami akhiri percakapan kami setelah mencapai konklusi yang terbaik pada pandangan kami. Terima kasih telah menyedarkan aku akan hal itu, sahabat.
Contestar