spidesshan

Assalamualaikum @chimchimaoi_bubble,
          
          Saya Nor, editor Siri Novel Ringan Magic Bean dari syarikat penerbitan Kadokawa Gempak Starz. Penulis kami, Jekyll Gyzma maklumkan kepada saya ada individu yang memuatnaik novel terbitan kami 'Shh... Aku Tau Rahsia Korang' di laman Wattpad. 
          
          Cik telah memuatnaik karya novel ringan ini dan menjadikannya seperti karya cik. Saya sudah membacanya, cik hanya menukar beberapa nama karakter namun jalan cerita masih kekal sama.
          
          Adakah cik tahu perbuatan cik ini salah di sisi undang-undang? Saya boleh membuat laporan polis kerana perbuatan cik adalah kesalahan plagiat bahan bercetak. Cik memuatnaik karya yang dijual dan meletakkannya di laman web bacaan secara percuma. Ia menjejaskan jualan kami. 
          
          Saya ingin memberi amaran awal kepada cik untuk memadam karya ini di Wattpad. Saya memberi masa kepada cik sehingga minggu depan untuk memadamnya. Kami memandang serius perbuatan ini. Jika ada apa-apa penjelasan atau apa-apa, boleh terus balas di sini atau emel saya di sabariah@gempakstarz.com
          
          Harap cik dapat memohon maaf kepada kami dan penulis novel ini serta memastikan tidak lagi berlaku perbuatan plagiat ini. Terima kasih.
          
          Yang Benar,
          Nor
          Editor
          Kumpulan Siri Novel Ringan Magic Bean
          Kadokawa Gempak Starz
          sabariah@gempakstarz.com
          03-90561637
          shop.gempakstraz.com