:: Sneak Peek ::
- Paper Heart -
https://wa.me/+601118545793
Min juga kelam, diambilnya segala barang dan disumbatkan ke dalam beg galas. Selesai saja mereka mengemas, langkah seribu terus dibuka untuk keluar dari bangunan itu.
Setibanya mereka di pintu pagar besar, pintu tersebut cuba dibuka dengan segala macam cara, tetapi tidak berjaya sehinggalah Jia menarik pintu itu dengan segala tenaga yang ada. Barulah pintu itu dapat dibuka. Tanpa menunggu lama mereka pantas berlari keluar dari kawasan sekolah.
"Hoi!" jerit Jungkook yang perasan kedua-dua gadis itu cuba melarikan diri.
Mereka saling berpegangan tangan sambil berlari keluar dari kawasan sekolah. Tanpa arah tuju mereka terus berlari dan dikejar oleh Taehyung dan juga Jungkook dari belakang.
"Hei! Tunggu!" jerit Taehyung pula.
Min cuba memandang ke belakang untuk melihat siapa yang mengejar mereka. Tetapi malang tidak berbau! Kakinya tersadung sendiri dan dia tidak dapat mengimbangkan langkah terus jatuh tergolek ke jalan raya.
"Argh!" Min menjerit sambil menahan kesakitan di lutut yang sudah terluka.
"Kak!" Jia juga menjerit kuat ketika tangannya terlepas tangan Min. Dia berpatah balik ke belakang mendekati Min yang sudah terduduk di atas jalan raya sambil menahan sakit di kaki. Air mata Min sudah bertakung tinggal waktu untuk pecah saja!
Taehyung dan Jungkook akhirnya berhenti daripada terus mengejar. Hampir pengsan mereka dibuatnya mahu mengejar kedua-dua gadis itu yang sangat pantas berlari.
"Kau okey tak?" Jia cemas. Kedua-dua lutut Min sudah pun mengalirkan cecair berwarna merah. Semakin cemas Jia dibuatnya apabila Min tiba-tiba menangis kuat.
Ketika itu, muncul seorang lelaki dari arah bertentangan dengan mereka berempat.
https://wa.me/+601118545793