chrismon_

About my new story... Saya tangguhkan dulu ye

lhikbal

"Baiklah, semalam cikgu ada bagi kerja sekolah pada kamu semua betul? Hari ni cikgu nak tengok lukisan kamu semua. Cepat, tunjukkan pada cikgu rumah impian kamu dan cerita sikit kat depan kenapa kamu nak rumah macam tu." Cikgu Rina memulakan kelasnya di hadapan semua anak-anak kecil di tadika pada hari itu.
          
          "Kenapa kau lukis gambar keluarga, kan cikgu suruh lukis rumah impian? Ke kau tak faham rumah tu apa?" soal Keisya yang berada di sebelah kanan Melur.
          
          "Aku tahulah apa aku lukis! Kau nak sibuk kenapa?" Melur membidas.
          
          "Alah, aku tanya je." Suara, Keisya perlahankan.
          
          "Melur, Keisya, ni kenapa bergaduh ni?" Cikgu Rina melangkah mendekati meja mereka.
          
          "Melur ni cikgu, cikgu suruh lukis rumah dia pergi lukis gambar keluarga. Dia yang tak faham arahan cikgu, lepas tu nak salahkan saya pula," bicara Keisya sambil menudingkan jarinya ke arah Melur.
          
          "Melur, cuba bagi lukisan kamu dekat cikgu. Cikgu nak tengok."
          
          Melur langsung menghulurkan kertas lukisannya sambil kepala terus tunduk memandang lantai.
          
          "Kenapa kamu lukis gambar keluarga?"
          
          "Rumah impian tak mesti rumah, kan cikgu?"
          
          Rina senyum sambil menahan air matanya daripada menitis. Melur, anak itu yatim piatu sejak lahir. Jadi sudah pasti, rumah banglo, bukan rumah impiannya lagi.
          
          "Kamu betul, rumah tak mesti rumah."
          
          https://www.wattpad.com/story/365427562?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=lhikbal

chrismon_

terlebih dahulu saya ingin memohon ampun kerana tidak menjalankan tugas saya sebagai seorang penulis/author kerana melambatkan proses mengupload chapter yang baharu untuk cerita saya iaitu AHJUSSI SARANGHAE 2. saya ingin memberitahu anda bahawa cerita ini akan dihiatus sementara dan akan bersambung di kemudian hari. saya juga ingin meminta maaf jikalau saya mengeluarkan kata-kata kesat dari saya menjadi pemula hinggalah menjadi seorang penulis/author.
          
          dengan ini AHJUSSI SARANGHAE DIGUGURKAN SEMENTARA WAKTU...
          
          
          saya memohon maaf sekali lagi...
          
                                                                                              from: chris

chrismon_

Untuk AS2, Chris akan memperbaiki tutur kata dan susunan ayat dalam cerita ni and we need something new for our story untuk tarik minat pembaca baca cerita kita kan? So Chris akan slow down untuk pulihkan segala cacat celar dalam ff Kim Taehyung kali ni dengan diri Chris yg baharu ni!!
          
          NANTIKAN AS2 AKAN DATANG!

ainsangah

@ farzmon_  wahhh❤️❤️❤️
Reply