cik_bun

Bukan dia yang mula nampak tapi dia yang mula tunjuk.” Balas Pak Salleh. Malam itu terasa sangat sunyi. Tiada bunyi cengkerik termasuk angin pun tak bergerak.
          	
          	“Laila…” Tebak Tok Ngah.
          	
          	“Bayangnya makin kuat. Hati yang cari akan jumpa. Tapi yang tak bersedia, akan hanyut.”
          	
          	Pak Salleh mencucuh api kecil pada setangkai daun kelapa kering. Asapnya naik perlahan, berbau pahit. Langit malam tiba-tiba menjadi lebih gelap.
          	
          	Pak Salleh dengan mata tak berkelip berkata,
          	“Aku nampak malam ni, dia dah dekat. Terlalu dekat.” 
          	
          	“Kau yakin Aiman kuat?” Soal Tok Ngah tenang tapi dalam masa yang sama cemas menghambat diri.
          	
          	“Cinta dia kuat. Tapi cinta pun boleh hancur kalau tak tahu beza antara hidup dan yang tersembunyi.”
          	
          	
          	- BAYANG LAILA -
          	13 MAY 2025

cik_bun

Bukan dia yang mula nampak tapi dia yang mula tunjuk.” Balas Pak Salleh. Malam itu terasa sangat sunyi. Tiada bunyi cengkerik termasuk angin pun tak bergerak.
          
          “Laila…” Tebak Tok Ngah.
          
          “Bayangnya makin kuat. Hati yang cari akan jumpa. Tapi yang tak bersedia, akan hanyut.”
          
          Pak Salleh mencucuh api kecil pada setangkai daun kelapa kering. Asapnya naik perlahan, berbau pahit. Langit malam tiba-tiba menjadi lebih gelap.
          
          Pak Salleh dengan mata tak berkelip berkata,
          “Aku nampak malam ni, dia dah dekat. Terlalu dekat.” 
          
          “Kau yakin Aiman kuat?” Soal Tok Ngah tenang tapi dalam masa yang sama cemas menghambat diri.
          
          “Cinta dia kuat. Tapi cinta pun boleh hancur kalau tak tahu beza antara hidup dan yang tersembunyi.”
          
          
          - BAYANG LAILA -
          13 MAY 2025

cik_bun

Aiman…” Laila bersuara. Lembut.
          
          Aiman terkedu. Suara itu seperti nyanyian halus yang dia pernah dengar dalam mimpi kecilnya, dalam bisikan angin senja.
          
          “Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku rasa aku kenal kau?”
          
          Laila tersenyum sayu.
          “Sebab hati kau pernah simpan aku… jauh sebelum kau tahu nama aku.”
          
          “Kau nyata? Atau cuma bayang?”
          
          Laila mengelak dari menjawab soalan Aiman.
          “Ada perkara yang tak tertulis dalam buku. Dan ada cinta yang tak perlukan pertemuan.”
          
          Dia melangkah hampir, wajah mereka kini begitu dekat. Tapi setiap kali Aiman cuba menghulur tangan Laila menjauh, seperti bayang yang tak boleh disentuh.
          
          “Aku nak tahu… siapa kau. Kenapa aku asyik cari kau?”
          
          Laila berbisik.
          “Aku tinggalkan jejak untuk kau temui.”
          
          
          
          
          - BAYANG LAILA -
          12 MAY 2025

cik_bun

Aku tak hilang. Aku disembunyikan.”
          
          Dan di bawah kain itu, lukisan wajah Aiman sendiri tapi matanya tidak bercahaya.
          
          Tiba-tiba, suara perlahan seakan bisikan yang datang dari dalam rumah itu sendiri menyapa
          
          “Kau sudah separuh jalan, penyambut…”
          
          Aiman terundur, dadanya berdentum keras.
          
          Dan dari celah pintu bilik  satu bayangan putih melintas perlahan, tak bersuara. Hanya bayang. Tapi Aiman tahu dia sedang diperhatikan. Dan yang paling menakutkan bukanlah kehadiran itu, tapi perasaan dalam dirinya.
          
          Dia tidak lagi takut. Dia… rindu.
          
          
          
          
          - BAYANG LAILA -
          12 May 2025 

cik_bun

Apabila penyambut menyebut namanya tiga kali dalam niat yang tidak goyah, lorong antara nyata dan ghaib akan terbuka  dan masa akan bersilang.”
          
          “Laila… Laila… Laila.” Aiman berbisik menyebut nama itu sebanyak tiga kali.
          
          Tiba-tiba, dunia di sekeliling Aiman gelap. Bukan tidur, bukan sedar. Dia ‘terjaga’ dalam satu suasana yang asing.
          
          Rumah Tok Ngah masih di situ, tapi tidak seperti biasa. Langit malam merah tua, daun pokok hitam kelam. Bunyi cengkerik berubah menjadi seperti bisikan dan gumaman samar. Tanah di bawah kakinya seolah-olah bernafas, lembut dan hidup.
          
          Aiman melangkah keluar, setiap derap langkahnya memercikkan cahaya putih dari tanah.
          
          Di hadapan, terbentang kampung yang sama  tetapi lain. Rumah-rumah tidak lagi kelihatan tua dan lusuh. Ia berdiri megah dalam bentuk asal, seperti baru dibina. Penduduk berkain batik dan bersongkok berjalan ke surau kayu yang kini sudah lama reput dalam dunia nyata.
          
          “Ini… kampung ini… masa silam?” gumam Aiman sendirian.
          

cik_bun

Zara… awak boleh dengar dia?”
          
          Budak kecil itu mengangguk. Sekali. Lalu dia mencalit jari pada kertas dan melukis satu simbol  bulatan bergaris dua, sama seperti simbol dalam naskhah tua Tok Ngah.
          
          “Dia tak pernah lukis yang tu. Itu lambang lama orang dulu, yang digunakan untuk ‘penyambut’.” Kata Nekmah. Suaranya bergetar.
          
          “Penyambut?”
          
          “Ya, penyambut. Orang yang dipilih untuk bukakan jalan…”
          
          
          
          PUBLISH MALAM NI
          - BAYANG LAILA -

cik_bun

Dah baca Bab Empat, Haziq?” bisiknya perlahan, walaupun tiada siapa di situ.
          
          Dia menoleh ke jendela. Bulan tak penuh, tapi cukup terang untuk memantul di lantai marmar. Di sisi katil, ada gambar lama ibu dan ayahnya waktu dia kecil, sebelum semuanya mula renggang.
          
          Dania menutup mata.
          
          “Kalau esok dia datang semula, aku akan buat-buat tak tahu. Tapi hati aku akan tahu yang dia sudah baca aku.”
          
          
          PUBLISH TODAY
          - SEBELUM AKU PERGI -

cik_bun

Cik_bun adalah akuan terbaru selepas amaiyraniaa & bellnawra.. Saya tak dapat nak tamatkan story NOKTAH di akaun amaiyraniaa .. Jemput singgah di akaun baru ni .. thank you

cik_bun

@cik_bun sya tk dpt nk tamatkan story tu .. acc tk blh log in .. 
Reply

missorange86

@cik_bun story Noktah tu xda smbungn dh ke
Reply