Status Hati
Buat kau yang telah menyentuh hatiku...
Benar aku sudah berusia 25tahun tetapi dalam diri ini aku masih keanak-anakkan.. Aku selalu inginkan perhatian. Takut akan kehilangan. Tetapi kau yang datang hanya sebentar. Sesudah aku terlalu sayang, kau mula menghindar... Hari demi hari, kau diam dan komunikasi antara kita juga tidak lagi seperti dulu... Hati aku rapuh kerana aku takut sejarah mungkin berulang. Saat aku mula sayang... Biarlah aku senyap dengan rasa ini. Menjadi patung seperti dulu, lupakan soal hati. Mungkin satu hari nanti, Allah s.w.t berikan jawapan sebenar dalam penantian ini... Kembali kepada basic, hanya cinta kepada maha ESA dan keluarga...
Aku yang meroyan dalam senyap... Astagfirullah...