Aku kalau nak pilih novel untuk dibaca, ada beberapa perkara penting yang aku kena tengok.
Yang pertama, paling penting adalah gaya bahasa. Jalan cerita tak best sekali pun kalau cara penceritaan menarik hati, automatik aku akan enjoy membaca.
Yang kedua, sinopsis cerita bukanlah tipikal novel Melayu yang klishe. Aku tak suka klishe. Aku tak suka bila aku baca satu cerita aku dah boleh agak apa akan jadi dalam novel. Paling aku suka adalah unsur saspen dalam cerita yang buatkan kita excited nak belek setiap mukasurat.
Yang ketiga barulah jalan cerita. Yang ni ikut mood aku. Kalau aku tengah angau, aku akan cari love story. Tapi aku tak minat sangat cerita cintan cintun ni. Genre yang aku suka mestilah humor, mystery or thriller dan kadang-kadang fantasy.
Last sekali, aku tengok penulis dia siapa. Kalau penulis yang dah biasa aku baca, kepercayaan untuk keberbaloian menghabiskan masa lapang aku tu adalah tinggi sikit.
Okay itu sahaja aku mengarut harini kikiki kbai