cikpolka

Hari demi hari terus menyepi,
          	Berharap si 'dia' memunculkan diri,
          	Walau tiada siapa yang pasti,
          	Namun rancangan Ilahi,
          	'Dia' berselisih denganku dari tepi.
          	
          	Tidakku pasti adakah betul 'dia' yang sama di dalam mimpi. Kerana ingatanku pada tika itu kian basi. Kali pertama selisih dengannya di realiti memakai seluar hitam dan berbaju warna ungu kesukaanku dihati. Ouhh! aku segera mencermin diri seolah-olah warna yang dipakainya sama dengan pakaian yang tersarung ditubuhku. Tidak dapat disangkal lagi lantas hati segera berbisik 'kebetulan apakah ini?'

Bismillah✨
          
          Tika diri masih jauh dari Ilahi,
          Kau hadir menemuiku dalam mimpi,
          Memberi seribu satu debaran di hati,
          Mengungkap tirai disebalik rahsia ini.
          
          Jujur, pertama kali dalam hidup, hatiku terusik dengan kemunculan 'dia' yang tidakku kenal malah tidakku ketahui akan kewujudannya. Otak cepat mentafsir ini mungkin mainan syaitan namun hati sering menyangkal adakah ini kebetulan?