Assalamualaikum, hi kepada semua sahabatku di dunia oren ini, pada hari yang barakah ini..aku ingin meminta maaf jikalau aku ada terkasar bahasa, atau jikalau aku pernah membuat hatimu sakit, aku memohon maaf. Aku sedar bahawa aku ini manusia, dan aku sering melakukan kesalahan jadi aku ingin meminta maaf. Aku harap kau dapat memaafkan diriku ini. Dan aku pun memaafkan segala kesilapan kau. Kita kosong-kosong ye?
Semoga segala amal jariah kita pada ramadhan yang telah berlalu ini diterima oleh Allah. Semoga kita di sayangi oleh Allah dan Rasulullah. Moga-moga kita dapat berjumpa dengan ramadhan tahun hadapan.
Suara takbir bergema indah,
Ketupat rendang dihidang rapi,
Bertemu keluarga di rumah,
Selamat Hari Raya, jangan main mercun api!
Dari jauh terdengar takbir,
Sayup-sayup terbawa suasana,
Hari ini puasa terakhir,
Esok nak raya mana?️
Selamat Hari Raya, maaf ZahIRAH dan batin
#sorryirahhierna
Lope,
Qrystal <333
@irahHierna