dhazellieya

Hii nuts and turtles! 
          	
          	tahu tak kenapa saya selalu cakap nuts and turtles ? 
          	
          	Nuts = fandom Hazel girl
          	Turtles = fandom hazel boy
          	
          	Itu gelaran manja ajee, Hazel akan panggil you all as "readers" or nuttle! 
          	
          	Nuttle is mix of them!! 
          	
          	Share banyak ii account saya. Hasut kawan you jadi nuttle! !! 

dhazellieya

Hii nuts and turtles! 
          
          tahu tak kenapa saya selalu cakap nuts and turtles ? 
          
          Nuts = fandom Hazel girl
          Turtles = fandom hazel boy
          
          Itu gelaran manja ajee, Hazel akan panggil you all as "readers" or nuttle! 
          
          Nuttle is mix of them!! 
          
          Share banyak ii account saya. Hasut kawan you jadi nuttle! !! 

dhazellieya

"Kenapa sayang sangat dengan Harith? Dia tak ada apa"
          
          Najah Haniyyah :
          
          Saya sayang dia sebab dia lebih tahu saya. Tak ada apa? Dia ada ALLAH. Saya pernah selongkar bilik dia tak ada apa kecuali al-quran. Malam malam saya nampak dia solat Tahajjud. 
          
          Dia suami paling baik. Saya mengidam yang bukan bukan. Tapi dia tak pernah angkat tangan pada pipi saya yang comel ni. Dia takkan menyampuk bila saya sedang bercerita. 
          
          Dia cakap melalui perbuatan. Jarang dia cakap "I love you" pada saya. Tapi, dia tunjuk. Sebabtu saya sangat! 
          
          

dhazellieya

Ada story baru akan keluar
          
          Tittle : Najah Perfectionist. 
          FL : Najah Haniyyah
          ML : Harith Uqael
          
          Sinopsis :
          Najah Haniyyah merupakan anak kepada Tuan Abdul dan Puan Dhiya. Kehidupan Najah amat bahagia sehingga kedua ibu bapanya meninggal dunia. Di saat itu muncul Harith Uqael. 
          
          Harith Uqael, anak lelaki yang berbalik nasibnya dengan Najah. Hidup lelaki itu yang hanya ditemani ibunya namun, saat ibunya melahirkan dirinya. Sang ibu terkorban. Ayah? Dia tidak mempunyai ayah. Nama nya sahaja berbin kan Abdullah. Hanya dijaga oleh keluarga angkatnya Puan Rashida dan Tuan Rashid
          
          "Awak selalu kesiankan orang sebab nasibnya. Tapi awak? Awak tak kenal mak ayah awak. Cukup lah kesiankan orang lain!"   - Najah Haniyyah
          
          "Kita tak boleh tunjuk lemah di hadapan mereka, Najah. Mereka akan pandang rendah kerana mereka sempurna."  - Harith Uqael
          
          Harith Uqael yang terlalu rendah diri kerana kekurangannya dari segi keluarga. 
          
          "Qael, jangan paksa diri Qael. Mereka yang serahkan Qael pada kami."  - Rashid 
          
          Kerana itu, Harith tekad untuk membuang jauh dirinya dari orang lain sehingga.... 
          
          "Awak ada saya, Rith. Saya tak kisah latar belakang awak. Awak tak minta pun"  - Najah Haniyyah
          
          Najah, Gadis itulah yang telah membantunya mengenali. Apa itu cinta. 
          
          "Saya tetap sayang awak walaupun mereka benci awak"  - Najah Haniyyah
          
          "And I always protect you while they want to kill you"  - Harith Uqael
          

dhazellieya

Sedikit spoiler untuk Ziyad Tasneem ( lepas kahwin ) 
          
          "Mana awak!" Jeritan daripada suara itu cukup membuat Ziyad tahu siapa yang sedang memekak. Bini dia lah tu. Dah tak ada orang lain
          
          Ziyad buat tak endah sahaja. Pinggan yang tadi dia basuh disusun ke rak pinggan dengan rapi. Apa? Ingat dia tak tahu buat kerja rumah ke? Dia hari hari buat masa dia bujang tau. Lagi-lagi pinggan Zayyan tu sekali makan empat pinggan hilang. 
          
          Tasneem yang masih tak puas hati turun kebawah. Apakah susah sangat ke nak sahut panggilan dia? Cakap sepatah pun dia dah okey dah. Ni bisu macam dah mati! 
          
          Jangan Tasneem, jadi janda pula kau nanti. Janda muda and hots rawrr. Astagfirullah taubat. 
          
          Tasneem jejakkan kaki nya kedapur. Oh, hidup lagi bapak tapir tu. Ingatkan dah jumpa malaikat dalam kubur. Ish! 
          
          Tasneem melangkah dengan perlahan mendekati suaminya. Sampai sahaja di belakang suami nya yang sedang menyusun pinggan di rak itu. Tasneem cubit tepi pinggang Ziyad. Terhinjut dibuatnya. 
          
          Akibat serangan hendap Tasneem, pinggan kaca yang Ziyad pegang jatuh ke lantai. Kaca nya tercucuk sedikit ibu jari kaki milik Tasneem. 
          
          "Auch! Awak ni sengaja ke? Sakitlah" Rengek Tasneem lalu membelek-belek kakinya yang ada cecair darah itu sedikit. Kitonyo manjo. 
          
          Ziyad bongkok kan badanya melihat kaki Tasneem. "Akibat derhaka dengan suami." Hanya itu yang meniti di bibirnya. Tak guna ada suami macam ni. 
          
          Padan muka kau sendiri. Pandai buat kan pandai tanggung. 
          
          

dhazellieya

They ask : Kenapa sayang Zaheera?
          
          Ayden Rafael answer :
          
          Sebab dia perempuan pertama dan insyallah yang terakhir. Dia lemah lembut dan baik dengan orang yang dia sayang. Mungkin lepas betulkan fitnah tu, dia akan layan saya macam tu
          
          Dia bencikan saya. Tapi dia masih peduli. Pukul 2 pagi dia transfer duit pada saya sebab ibu saya masuk hospital sedangkan saya tak minta. Saya cakap pada dia yang saya ada duit lagi. 
          
          Zaheera ada dimple. Bila dia senyum dia nampak lagi cantik. Tapi Zaheera ni garang. Garang dia macam ibu. Suka membebel. 
          
          Dia tak boleh memasak kalau dia masak dia takkan jadi makanan manusia. Tapi, tak apa saya boleh masakkan untuk dia nanti muehehehe
          
          Dia seorang yang menjaga aurat. Saya tak pernah nampak dia keluar tanpa stoking dan handsock. Mungkin sebab dia ada dua orang abang yang strict. Dia kena spotcheck dulu sebelum keluar rumah
          
          Dia hyper dan hampir gila. Tapi, itu boleh dibincangkan.... 
          
          Mulut dia laser! Suka menyakitkan hati orang. Kalau dia tak suka dia bedal sahaja tanpa fikir perasaan orang lain. Kadang kala sakit hati dengar perkataan dia. 
          
           Tapi dia seorang yang jujur. Dia akan cakap benda yang betul betul dia rasa. Kalau dia tipu tu... Mungkin tu roh yang menguasai badan dia. Sebab dia takkan pernah menipu. Dia tak pandai bab tu. 
          
          
          
          
          

dhazellieya

CINTA : Love, Zaheera ( short story) 
          
          Zaheera keluar daripada kereta Mercedes hitam itu. Kaki menapak kearah bangunan tinggi di hadapannya. Zaheera pandang atas bawah bangunan ini. 
          
          "Miss terjatuh kan purse miss." Ujar lelaki yang berada di belakangnya. Zaheera kalih belakang pandangan diturun ke purse miliknya. Bila jatuh? Zaheera ambil lalu lihat wajah lelaki itu. 
          
          Terkejut Zaheera apabila wajah itu.. wajah seseorang yang amat dia kenali.
          
          Ayden Rafael. 
          
          "Kau nak apa lagi? Tak cukup lagi perempuan kau dah main. Nak ajak aku pula?" Kata Zaheera sinis. Ayden pandang wajah cantik Zaheera. "Bukan Zaheera. Tu fitnah. Saya tak pernah main perempuan. Awak tahu ibu saya takkan benarkan"
          
          "Ibu kau tu tak berkahwin. Dia lahirkan kau tanpa ayah. Means kau anak luar nikah. Macam mana aku nak percaya kau orang berdua?" Membulat mata Ayden. 
          
          "Zaheera. Ibu saya tak semurah tu. Saya dah cakap Nenek saya yang perangkap anak dia sendiri."
          
          Zaheera dengus lalu hentak kaki. Beg tangan di betulkan. Dia kibaskan tudung nya perlahan. Ada aircond pun panas ke?
          
          "Perempuan mahal akan jaga diri dia sebagaimana aku jaga diri aku daripada kau. Dan kau cakap nenek kau perangkap ibu kau? Aku tanya lah kan. Mak mana tak sayang anak? Kau boleh tipu budak, Fael. Tapi kau tak boleh tipu aku"
          
          Hampir menitis air mata milik Ayden. Dia cintakan Zaheera. Namun kerana fitnah itu. Mungkin berjaya meruntuhkan hubungan mereka yang hampir sampai ke pelamin. 
          
          Ayden telan liur. Sedari tadi dia hanya memandang ke bawah. Air matanya tak pernah selembut ini untuk turun namun, ibunya sekarang dianggap murah oleh wanita yang dia cintai. 
          
          "Kenapa kau diam? Betul lah mak kau jual di-" 
          
          "DIAM! MAK AKU TAK JUAL DIRI. KAU TAK TAHU MACAN MANA HIDUP KAMI."
          
          Zaheera pandang wajah Ayden. Dapat dia kesan ada air mata di wajah lelaki itu. Hati Zaheera terjentik melihat air mata itu.
          
          "Aku menyesal cintakan kau, Zaheera. Peliknya. Dari tadi kau mengata aku. Aku tak dapat benci kau."
          
          
          
          
          

dhazellieya

CINTA : The Zayyan's Treasure
          
          "Ayyan! Awak asyik call je dari tadi!" Aku dengus kasar. Meluat lah asyik call je. Rindu ke? 
          
          Zayyan tergelak kecil mendengar aku dengus tadi. "Awak marah ke Reedha?" Soal Zayyan. Eh? Marah ke? Dia tanya aku marah ke? Mestilah! 
          
          "Saya ni sibuk lah Zayyan Alfie. Customer ramai harini. Siapa suruh awak promote restoran ni?" Kataku lagi. Kalau bukan sebab Zayyan. Aku mesti boleh rehat awal. 
          
          "Eh, bos awak suruh saya promote"
          
          "Salahkan bos saya pula?"
          
          Terdiam Zayyan dibuatnya. 
          
          "Reedha! Bagi lah balik phone saya" Dia merengek mahukan gajet itu. Lama sangat terdiam tadi. Meh aku rampas bini kau. 
          
          "Reedha!"
          
          "Nasrin Areedha!" Jeritnya
          
          Tahulah sayang. Aku berikan semula gajet itu kepadanya. "Kenapa awak sibuk datang sini? Pergi shuh shuh. Kesian lah dekat Ziyad dahlah bini dia mengandung. Baik awak tolong siapkan kerja Ziyad yang tak siap tu."
          
          Dia gulingkan anak matanya. "Yang mengandung Kak Tasneem. Bukan Ziy- aduh!" Kan dah makan hentukan senduk daripada Nasrin Areedha 
          
          "Eh, banyaklah awak. Ziyad kan jaga Kak Tasneem. Orang mengandung ni kena jaga tau. Awak mana tahu. Sebab awak lelaki. Cuba awak dah kahwin jadi suami. Saya rasa tak datang pun restoran ni"
          
          Zayyan seakan akan tak endahkan bebelanku. "Reedha, awak rasa kalau saya cakap saya mengidam-" 
          
          "APA?!"
          
          "Saya mengidam nak makan jari manusia- aduh!" Ketukan kedua dariku. 
          
          "Awak ni kan, merapu aje yang dimintaknya!" Geram juga diri aku kadang kala. 
          
          
          
           a short story about this couple 
          
          
          
          

dhazellieya

For your information series untuk book CINTA ada empat
          
          CINTA : Dilla's Zayran 
          ML : Zayran Alfie
          FL : Dillane Claire Amore
          
          CINTA : Ziyad Tasneem (anak Zayran and Dilla) 
          ML : Ziyad Alfie
          FL : Ain Tasneem
          
          CINTA : The Zayyan's treasure (anak kedua Zayran) 
          ML : Zayyan Alfie
          FL : Nasrin Areedha
          
          CINTA : Love, Zaheera (anak ketiga Zayran) 
          ML : Ayden Rafael
          FL : Zaheera Alfiena
          
          
          ❕ Dalam series ni. Semua nya greenflag kecuali Zaheera. Zaheera berkahwin dengan Ayden ni sebab dendam. Ayden dulu pernah bercinta dengan Zaheera. Tapi mereka putus sebab ada fitnah kata Ayden main perempuan belakang Zaheera.❕
          
          So CINTA : Love, Zaheera ni more cornflakes (conflict)  so bertabah guysss. Kita belanja yang sweetie hunny bunny pie dulu. Nanti kita belanja kopi utk semua! Yeayyy