Kasih binti Azmir. Itu namanya. Bukan Karina. Karina Tan Sri Amir Hayden dan dirinya adalah dua watak yang sangat berbeza.
Muncul pula Annam Maritza, seorang lelaki yang berparut pada pipi kirinya. Mengaku bahawa Karina lah punca dia menjadi sebegitu.
Anehnya, kotak ingatan Kasih bagaikan kosong. Tiada langsung memori tentang lelaki itu di dalam ingatannya. Dia sepertinya tiada kaitan langsung dengan seorang ahli perniagaan terkenal yang bernama Tan Sri Amir Hayden itu. Lelaki bernama Annam Maritza itu pula ingin membalas dendam terhadap orang yang salah.
"Pembetulan! Kasih binti Azmir. Bukan Karina Tan Sri Amir Hayden! Yes, I'm the owner of Hayden's Airlines but I don't know how I can be the owner of it! I swear! Dan tak adil kalau kau nak bunuh aku sedangkan aku tak ingat apa-apa langsung." - Kasih
Annam Maritza pula terpaksa bersabar sehingga Kasih pulih.
"Aku dan dia pernah rapat bagaikan adik beradik. Mustahil untuk aku katakan yang aku tidak sayangkan dia." -Annam Maritza
Kasih ingin mendalami ingatannya. Setelah dia pulih, dia tahu nyawa Annam Maritza dalam bahaya. Apa yang akan terjadi sekiranya ingatannya pulih? Siapa yang ingin mengancam nyawa lelaki itu?
Dan sejarah mungkin akan berulang kembali.
"Kisah ni ibarat sebuah Diari Hitam yang kalau boleh tak ingin langsung aku buka kembali." -Karina
NEW STORY! COME TAKE A LOOK!