SINOPSIS MENCARI JAWAPAN
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al Baqarah Ayat 216
Insp. Qays Haddad yakin Ainul Wardah adalah pilihan terbaik kerana gadis itu mempunyai semua ciri-ciri wanita idaman yang dia mahukan. Lemah lembut, bertudung, penyayang, pandai bergaya dan cantik. Bertunang atas pilihan keluarga namun dia terima dengan hati terbuka.Namun, Ainul Wardah bukan jawapan Istikharahnya, Qays Haddad buntu.
Pertemuan semula dengan Dr.Qis Dayana seorang doktor jantung yang lasak, agak kasar, free hair dan selamba. Membawa kepada jawapan Istikharahnya, ciri-ciri wanita yang paling dia tak suka adalah jawapan Istikharahnya? Mana mungkin dia mampu menerimanya.
Satu pembunuhan telah berlaku di sebuah hospital memerlukan kerjasama antara Insp.Qays Haddad dan Dr.Qis Dayana.
Semakin lama dia mengenali Qis Dayana Semakin dia berasa selesa. Mulut mengatakan tidak, hati mula berasa sayang. Hati Ainul Wardah juga perlu dia jaga, Qays Haddad perlu memilih.