ME IS WEAK.
Orang menyangka, diri ini happy go lucky setiap masa. Apabila bercakap, memang pandai melawak, bercakap, mengayat, habislah semua introvert tu hilang.
Tetapi pada hakikatnya, sebenarnya diri tak sekuat yang dipertontonkan.
Diri ini mudah rapuh, dan mudah sahaja merasa kecewa dengan apa yang dilakukan. Tetapi kebanyakannya penyesalan yang tidak mampu diundurkan.
Kadang-kadang, terfikir juga, kenapalah aku macam ni.
Tapi bila fikir balik, inilah ujian untuk aku yang lemah. Kena sentiasa kuat untuk meneruskan misi yang ada.
Alhamdulillah, si lemah ini, boleh juga bergembira, kerana masih ada yang mampu menerima, si lemah ini sebagai kawan mereka.