missfaa_

"Eh. Aaa.... Aku dah break dengan dia. Dia dah kahwin dengan orang lain," jawab Aathif. 
          
          "Ooooo," balas mereka semua. 
          
          "Aku dah agak dah. Perempuan ni, awal-awal je kata nak hidup susah senang dengan kita. Tapi, diam-diam dia boleh ada scandal pula. Lepastu, tinggalkan kita sebab orang lain," kata Zai. Mulutnya terpaling puaka. Apa yang dikatakan, perlu dipersetujui oleh semua orang. 
          
          "Ish Ish Ish. Kita dah penat-lelah nak halalkan dia, tapi dia mencari orang yang berada," tambah Ikhwan. 
          
          
          https://www.wattpad.com/1452881241?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=missfaa_

missfaa_

"Hanif, kau keluar sekarang!" Aisyah mula meninggikan suara. 
          
          Tiba-tiba sahaja, pipi Aisyah dicekup kuat. Wanita itu langsung sahaja mencuba untuk melepaskan genggaman tangan lelaki itu. 
          
          "Apa kau buat ni?" Tanya Aisyah. 
          
          "Eh perempuan. Nasib je kau sekarang ni masih dalam rumah mak kau. Apa masalah kau ek? Aku nak tidur sebelah kau ke, nak tidur bawah ketiak kau ke, kenapa kau nak marah? Aku ni suami kau, tahu? Syurga kau bawah tapak kaki aku," Kata Hanif. Dahinya berkerut menahan marah. 
          
          "Lepaskan aku lah," balas Aisyah. Tubuh lelaki itu ditolak beberapa kali namun sia-sia. 
          
          "Kau dengar sini. Habis je waktu kau bermesra dengan mak kau, kau tak boleh dan tak akan jejak kaki lagi dalam rumah ni. So, aku harap kau boleh lepaskan segala rindu kau dalam masa seminggu ni," kata Hanif lagi. Genggaman tangannya dilepaskan. Merah pipi wanita itu dibuatnya. Puas hati!
          
          Bantal dan selimut diambil sebelum dia melangkah meninggalkan Aisyah. Dia hanya perlu menunggu beberapa hari sahaja lagi sebelum Aisyah mengikutinya pulang. 
          
          Kemudian, Aisyah akan menjadi seratus peratus hak miliknya.
          
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_

missfaa_

"A..Aathif," panggil Aisyah perlahan.
          
          "Ye? Lawa Aisyah hari ni. Cantik, manis, berseri-seri," puji Aathif. 
          
          Dalam diam, hatinya terluka melihat betapa indahnya ciptaan Tuhan yang satu itu. Ibarat pisau tajam yang menghiris sehelai kertas, tajamnya dapat membelah sebuah kepercayaan seorang insan. 
          
          "Bro," panggil Hanif. Ton suara mengeluarkan suatu amaran. 
          
          "Eh, sorry bro. Tak perasan pula kau dekat sebelah dia. Maklum lah, semua benda berlaku secara tiba-tiba," sindir Aathif. 
          
          "Takpe, bro. Benda pun dah jatuh dekat tangan aku," balas Hanif. 
          
          https://www.wattpad.com/story/364221522?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=missfaa_