New notification from finalegend | √ |
| THIS LOVELY MESSAGE WAS SENT TO |
♡ DINA ♡
Walaupun lambat sehari, tak bermakna raya sudah berakhir. (〃゚3゚〃)
Fina datang bertandang ke sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.( ˘ ³˘)♥
Walaupun ianya ringkas dan tiada keistimewaan, tetapi ketahuilah bahawa Fina sayang awak ketat².
(・ω・)つ⊂(・ω・)
Terima kasih sebab sudi berkawan dan berbual dengan Fina. (●’3)♡(ε`●)
Setinggi-tinggi tupai melompat, tinggi lagi cinta Fina pada awak ฅ^•ﻌ•^ฅ
Maaf tak dapat kirim duit raya. Tapi kalau nak kiriman cinta, sekelip mata ada je terus menusuk ke jiwa. HOHOHOHO
•
•
Sedikit puisi dari saya :
Takbir raya berkumandang di langit Allah yang esa.
Sungguh syahdu menahan jiwa yang kian lara.
Pemergian Ramadhan sangatlah mendukacita.
Masihkah ada peluang untuk kita berjumpa dengannya?
Berdirinya daku membawa hasrat beribu.
Sepuluh jariku dicantumkan dengan jemarimu.
Ucapan maaf meniti di bibir ku.
Tangisan yang pilu mula berlagu.
Segala perangai hantu ku luahkan tanpa rasa malu.
•
•
Okay itu saja ucapan dan coretan sekeping hati ini. Semoga persahabatan kita kekal biarpun komunikasi kita ini hanya melalui media sosial.♡(> ਊ <)♡
Sincerely,
Fina