As we all know, ada misi kemanusian yang sedang dijalankan yang diberi nama Sumud Flotilla. Di sini saya ingin katakan bahawa walaupun kita tidak dapat mengikuti misi ini, kita boleh memberikan sokongan dengan mendoakan dan melakukan apa sahaja untuk membantu mereka. Buka mata kita tentang siapa yang jahat sekarang ni. Kita mungkin tidak kuat tapi tidak mustahil untuk kita menentang mereka. Bukakan mata orang luar, mata dunia, sebarkan kekejaman mereka. Sebarkan kekejaman yang di lakukan oleh isr4el. Kita datang tanpa sebarang senjata, tanpa membawa ancaman untuk membuktikan bahawa kita hanya ingin menghantar bantuan tapi mereka layan kita seperti jenayah, leka dengan apa yang mereka perlakukan pada orang lain. Kita tidak melanggar apa-apa peraturan, tetapi mereka menganggap kita penjenayah. Walaupun saya hanya seorang penulis, walaupun kamu semua adalah seorang pembaca, kita juga adalah manusia yang inginkan keadilan bukan untuk pihak kita tetapi pihak mereka, pihak Gaza dan Palestin. I stand with Palestine. Kepada penyokong Isr4el, saya meminta kamu agar membuka mata kamu tentang apa yang terjadi. Siasat dulu sebelum kamu menuduh kami yang bersalah. Lihat siapa yang menyerang siapa. Perkara ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Di tiktok ada di YouTube ada google ada Instagram ada dan banyak lagi di platform yang lain. Kami takkan berdiam diri sehingga kan pihak Isr4el mengaku salah dalam menyerang mereka yang hanya ingin membantu. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.