Assalamualaikum semua!
Maaf sebab saya menyepi beberapa bulan ni. Untuk readers yang masih tertunggu-tunggu update untuk TAKDIR CINTA KITA (TCK), saya tahu cerita ni dah lama saya hold dan saya betul-betul minta maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu. :(
Sejujurnya, jalan cerita TCK agak berat untuk saya sendiri. Buat masa sekarang, saya rasa macam hilang idea dan semangat nak sambung cerita ni. Saya tak nak paksa diri untuk menulis kalau akhirnya cerita tu tak dapat disampaikan dengan cara yang saya inginkan. Tapi korang jangan risau, saya tak akan unpublish TCK buat masa ni. Mana tahu satu hari nanti idea datang semula dan saya rasa nak sambung perjalanan cerita ni, kan?Jadi buat masa sekarang, TCK akan saya biarkan dulu.
Saya minta maaf sangat-sangat kepada korang yang masih menunggu update. Terima kasih sebab masih ingat, bertanya dan masih tunggu walaupun saya dah lama tak update. Saya hargai korang lebih daripada yang saya boleh ungkapkan <3
Dalam masa yang sama, saya ada new story yang baru saja saya publish iaitu ONLY YOU. Kalau ada yang pernah baca TAKHTA HATIKU, cerita ni adalah kisah tentang abang Hasya pula hehe.
Kalau korang sudi, jemputlah singgah baca ONLY YOU. Insyaallah jalan ceritanya light saja. Terima kasih sebab masih sudi membaca cerita-cerita saya ♡