eritau
Im trying to do my own story.. So this is the preview... Can you guys give feedback..
[4 abad yang lalu]
"ha.."
Helaan nafas dilepaskan oleh seorang Gadis yang lengkap mengenakan busana melayu lelaki. Wajahnya kelihatan dingin seiring matanya tajam merenung objek sasaran yang diperbuat daripada jerami mirip seorang manusia. Tali busur direngangkan, anak panahnya sedia untuk membidik sasaran. Sebaik sahaja dia mendapat posisi yang sesuai untuk membidik dari kedudukannya itu. Tali busurnya dilepaskan. Berkat kemahirannya dalam memanah, anak panah itu tepat membidik sasaran yang dia ingini.
'zzapp'
Gadis itu mengariskan senyuman tipis, bangga dengan pencapaiannya sendiri sebelum di ujar seorang gadis yang menatang sedulang air mendekati tempat latihannya itu
"Wardah~ masa untuk berehat..."
"baiklah!" jawab Wardah penuh girang lalu menyandarkan busurnya di sebatang pohon berhampiran. Dia meneguk air yang diberikan oleh gadis itu dengan rakus sambil sebelah tangannya menghadang permandangan hadapan mulutnya ketika sedang minum.
"Terima kasih Melati.." ucap Wardah lalu memberikan semula cawan itu kepada Melati.
eritau
"Mari pergi?" ajak Wardah setelah membungkus baju melayu yang dipakainya tadi berserta peralatan melukis yang tidak disentuh langsung olehnya kedalam sebidang kain yang diikat kemas lalu dibawa pergi bersama.
Busur yang menjadi senjata latihannya sebentar tadi disorokkan di dalam celahan pokok yang terdapat ruangan di dalamnya bersama sebilangan anak panah yang diasah sendiri olehnya. Di dalam celahan pokok itu, tersimpan segala rahsia tentang dirinya yang telah lama dia simpan daripada keluarganya sendiri.
Melati yang mengekorinya daripada belakang sehingga mereka tiba di Istana Khabilah mereka.
•
Reply
eritau
@eritau "sama - sama" balas Melati bersama suara halusnya itu. Cawan yang diberikan wardah kepadanya dibilas lalu diletakkan semula pada dulang. "Wardah, Tadi ketika saya pulang ke istana Khabilah. Saya ada terdengar Puan Khalifah meminta dayang - dayang untuk mencari awak" "Cari saya?" Melati mengangguk lalu mengambil kain untuk mengelap keringat Wardah di dahi. Wardah memejamkan mata, membenarkan Melati mengelap wajahnya. Baginya, Melati sudah pun seperti kakak kandungnya yang tidak pernah dia punyai. Meskipun berbeza dari segi status sosial, ikatan mereka seperti darah daging asli. Tidak boleh dipisahkan. Wardah merupakan Puteri tunggal bagi kerabat yang memerintah di wilayah Sri Sumatera. Kerabat itu dikenali sebagai Khabilah Ridzuan yang mahir dalam ilmu Tahjir. Ilmu yang mampu menggerakkan objek tanpa sentuh. Sementara melati hanyalah dayang yang ditugaskan untuk menemani Wardah sepanjang masa. Setelah kesemua keringat telah dikeringkan. Melati meletakkan kain itu ditepi dan merapatkan bahunya bersama Wardah. "katanya puan khalifah mahu awak bersama dayang - dayang atasan untuk membeli - belah barangan mentah untuk jamuan khabilah malam ini." "apa? Kenapa tiba - tiba? Tidak pernah pula bonda mengarahkan saya ke pasar sebelum ini" soalnya hairan. Melati menjongket bahu, sejujurnya dia juga tidak tahu asbab utama Puan Khabilah mereka hendak mengarahkan puterinya sedemikian. "Saya pun tidak tahu, tapi apa yang saya tahu, Puan khabilah mahu berjumpa awak sekarang" kata Melati membuatkan Wardah sedikit mengeluh. Sesi latihannya mengendalikan senjata masih belum selesai. Mahupun begitu, dia tetap bangkit dan menukar pakaiannya kepada baju kurung songket yang dihiasi sulaman benang emas padanya. Kain batik yang tersidai di dahan berhampir itu diambil and dipakainya sebagai penutup kepala dan sebahagian wajahnya.
•
Reply