Tahun 2018.
Bukanlah tahun yang tidak baik bagi diri ini,
Namun, pada masa itulah Dia berikan dugaan,
Dugaan yang hampir membuat diri ini hilang kewarasan,
Dimana aku lupa bahawa aku masih punya Tuhan,
Disebalik apa yang telah berlaku pada aku,
Dia sentiasa ada disamping ku,
Maaf, jika pada masa itu keimanan aku hilang,
Disebabkan hal yang boleh dikatakan hal yang remeh,
Tapi apakah daya, aku cuma seorang insan yang lemah pada saat itu.
Untuk kamu yang pernah hadir tapi tidak pernah menghargai terima kasih untuk segala galanya. Terima kasih 2018 kerana telah banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang penuh dengan cabaran dan kepalsuan. Terima kasih juga kerana memberikan peluang untuk menjaga orang orang di sekeliling ku dengan berjaya atau tidak berjaya. Terima kasih juga kerana pertemukan aku dengan insan insan yang berhati mulia. Semoga, segala kebaikkan mereka dapat aku balas di suatu hari nanti.
Doakan aku, agar lebih berjaya, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dekatkan lebih ramai kawan yang baik baik serta jodoh yang baik baik bagi ku di tahun 2019 ini serta di tahun yang seterusnya.
Terima kasih untuk pelung ini!