eychaeyheynn

"Aku selamatkan kau sebab kau selamatkan Baby dari lemas dalam kolam kau haritu. Jangan ingat aku selamatkan kau sebab aku suka pada kau pula." Kata Akeva tiba tiba. 
          	
          	Naeif tersedak air dan terus terbatuk.
          	
          	"Uhuk! Uhuk!!" 
          	
          	"Woi minum elok eloklah!" Akeva menepuk belakang Naeif. Naeif terus batuk dan akhirnya reda selepas beberapa saat. Perit tekaknya dengan air halia yang agak berangin itu.
          	
          	"Sakit." Naeif mengurut tekaknya. 
          	
          	Akeva ketawa kecil. 
          	
          	"Manja." Kutuk Akeva. Naeif berkerut dahi tak puas hati.
          	
          	******
          	
          	https://www.wattpad.com/1634019047?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=eychaeyheynn

eychaeyheynn

"Aku selamatkan kau sebab kau selamatkan Baby dari lemas dalam kolam kau haritu. Jangan ingat aku selamatkan kau sebab aku suka pada kau pula." Kata Akeva tiba tiba. 
          
          Naeif tersedak air dan terus terbatuk.
          
          "Uhuk! Uhuk!!" 
          
          "Woi minum elok eloklah!" Akeva menepuk belakang Naeif. Naeif terus batuk dan akhirnya reda selepas beberapa saat. Perit tekaknya dengan air halia yang agak berangin itu.
          
          "Sakit." Naeif mengurut tekaknya. 
          
          Akeva ketawa kecil. 
          
          "Manja." Kutuk Akeva. Naeif berkerut dahi tak puas hati.
          
          ******
          
          https://www.wattpad.com/1634019047?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=eychaeyheynn

eychaeyheynn

Tangan Akeva memekup mulut Naeif lalu badan mereka merapat ke tembok simen bersalut kaca tersebut.
          
          "Apa.."
          
          "Shh! Dia tak boleh tahu kau ada disini." Bisik Akeva sambil mengintai sedikit melalui corak lubang kecil dari tembok rumah Naeif.
          
          Naeif turut diam namun dia terasa tidak biasa apabila dihimpit Akeva sebegini. Haruman dari rambut Akeva menusuk masuk ke hidungnya dan badan Akeva juga bersentuh dengannya. Wajah Naeif mula kemerahan dan dia memejam matanya rapat.
          
          Rileks Naeif, bayangkan Akeva adalah seorang nenek tua. Wajahnya berkerepot, tubuhnya bongkok dan..
          
          "Damn kenapa dia tengok sini?" Akeva semakin panik melihat lelaki itu mula memandang ke arah rumah Naeif melalui tembok. Dia semakin merapatkan badan dengan Naeif di sudut rumah.
          
          Persetankan nenek tua.
          
          Naeif menelan liurnya dan berpaling ke tepi. Aroma wangian Akeva yang masuk ke hidung benar benar menguji dirinya sebagai lelaki.
          
          
          
          ******
          
          
          https://www.wattpad.com/1630549918?utm_source=android&utm_medium=whatsapp&utm_content=share_published&wp_page=create_on_publish&wp_uname=eychaeyheynn

eychaeyheynn

"Nama pun Naeif, perangai mestilah naif juga sebabtu senang ditipu!" 
          
          Naif? Siapa? Dia?
          
          Tidak, dia sentiasa selangkah di hadapan. Tengku Naeif D'ezekiel, pewaris tunggal yang menjadi target bagi pesaing mula hidup secara sembunyi demi ketenangan namun kehidupannya mula berubah selepas bertemu seorang gadis yang memikat hati.
          
          Bagi Akeva, dia hanya perlu mendekati Naeif untuk menjayakan rancangannya. Perbodohkan Naeif dan misinya selesai. 
          
          Benarkah itu akan berjaya?
          
          "Jadi selama ini kau memang tahu siapa aku?" - AKEVA
          
          "Aku bukan sahaja tahu segalanya tentang kau dan keluarga kau, malah aku sudah tahu semua perkara yang ada dalam hidup kau." - NAEIF
          
          Tapi pelik, kenapa Naeif melepaskannya? Kenapa Naeif mempertahankannya? Bukankah gadis bertalam dua muka sepertinya perlu dihapuskan?
          
          "Pergilah. Dan jangan kembali lagi. Sekali lagi aku lihat muka kau, aku bunuh kau." - NAEIF 
          
          "Dan jangan terlalu berlagak. Aku perempuan yang bermain senjata sejak kecil, membunuh kau akan menjadi misi paling mudah bagi aku." - AKEVA
          
          Keduanya berniat untuk saling membunuh, saling menghapuskan. Tetapi pemenang akhirnya mestilah hanya satu orang sahaja.
          
          "Kau tak akan mampu bunuh aku. Aku kan Svesta?" 
          
          
          *****
          
          https://www.wattpad.com/story/394973512?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=share_writing&wp_page=create&wp_uname=eychaeyheynn

eychaeyheynn

"Horraaa horrayyy!"
          
          Naeif bergoyang ke kanan dan kiri mengikut rentak lagu Didi And Friends itu. Audio dikuatkan sehingga satu rumah bergema lagu dari televisyen.
          
          "Tayar bas berpusing pusing, pusing pusing, pusing pusing. Tayar bas berpusing pusing, setiap hari!" Nyanyi Naeif sambil menyuap mangga kedalam mulut.
          
          Meow
          
          Nyanyian Naeif terhenti. Terus dia memperlahankan audio televisyen lalu kepala tertoleh mencari bunyi tersebut.
          
          Meow
          
          Naeif merenung ke kawasan kolam renang dan luas matanya melihat kucing yang berada didalam kolam rumahnya.
          
          "Kucing!" Jerit Naeif dan berlari sebelum terjun kedalam kolam. Kucing parsi bewarna putih itu diangkat dan diletakkan di tepi kolam.
          
          "Macamana kau ada disini?" Soal Naeif sambil meraup wajah yang basah. Di leher kucing itu terdapat loceng dan penjejak lokasi.
          
          Penjejak lokasi?
          
          "Baby!"
          
          Serentak Naeif dan kucing menoleh ke arah satu suara yang terkejut itu.
          
          
          *****
          
          
          
          
          
          MAY 8TH, 2026.

eychaeyheynn

Bibir Naeif mengorak satu senyum sinis. Kedua tangannya yang berada didalam poket dikeluarkan lalu disilang ke dada.
          
          "Aku tidak menerima tetamu pada waktu sebegini." Kata Naeif selamba sambil melihat Akeva yang comot dan sedang menangis itu.
          
          Akeva mengetap rahang. 
          
          Darah yang mengalir dilengannya menitik ke tanah sekaligus membasahi rumput disitu. Akeva mengemaskan cengkaman pada lengan.
          
          "Bagaimana kau boleh tahu segalanya?" Soal Akeva perlahan. Rasa dikalahkan dengan akal Naeif. Jadi rumor yang disebarkan itu bukan sekadar rumor, ia adalah fakta.
          
          Naeif adalah bakal pemimpin yang sangat.. sangat bahaya.
          
          "Jawapannya mudah. Kerana aku tahu segalanya. Satu langkah kau ambil untuk jatuhkan aku, maka aku akan pastikan langkah kau yang seterusnya itu adalah yang bakal membunuh diri kau sendiri." Jawab Naeif.
          
          Skaf di lehernya dicabut dan Naeif melempar skaf itu ke muka Akeva.
          
          "Jangan kotorkan rumput di rumah aku dengan darah kau." Kata Naeif dan berpaling pergi.
          
          
          ******
          
          8th May, 2026

eychaeyheynn

"Naeif sudah!" 
          
          Di tengah keramaian, satu suara itu bagaikan menarik Naeif kembali ke rasionalnya. Seketika Naeif terhenti, melihat mayat mayat bergelimpangan dihadapan.
          
          Telinga cekap menangkap derapan kaki yang sedang berlari ke arahnya.
          
          "Akeva." Sebaik nama itu meluncur dari mulut, Naeif mula rasa badannya sakit lalu kakinya tidak mampu berdiri.
          
          Akeva menangkap Naeif dan dipeluk erat.
          
          "You've done enough. Berhentilah, semua sudah akui kebolehan kau. Kau dah kalahkan mereka, itu sudah cukup dan berehat saja buat masa ini." Bisik Akeva. Naeif memeluk erat Akeva. Mindanya seolah hilang fungsi, dia tidak dapat memproses kerosakan yang telah dia lakukan. 
          
          Akeva mengangkat dagu Naeif, jarinya dilalukan pada pipi jejaka itu.
          
          Kepala Akeva tunduk, ingin mencium rahang Naeif namun Naeif menekup bibir Akeva. Akeva terkedu.
          
          "Jangan. Kau tak boleh cium aku sekarang." Naeif menggeleng. Akeva tak boleh rasa sakit ini. Baginya sakit yang dirasai sekarang tidak boleh ditanggung oleh seorang wanita.
          
          Lebih lebih lagi wanita yang dia cinta.
          
          Akeva tersenyum sinis lalu tangan Naeif dicengkam dan ditolak ke belakang.
          
          "Too bad, aku sudah bersedia untuk ini." Akeva mencium rahang Naeif. Mata dipejam.
          
          
          ******
          
          May 8th, 2026

NourieGirl

@eychaeyheynn hi author! Story ni sis post sini sahaja ke? X de dlm list Wattpad ke? 
Responder

eychaeyheynn

"Nah." Akeva meletakkan satu bekas Tupperware dihadapan Naeif. Jejaka itu melihat isi didalam bekas tersebut.
          
          Bibirnya tersenyum lalu garpu diambil dan kek batik itu dicucuk. Kemudian dia menyuap kek itu kedalam mulutnya.
          
          Air matanya semakin laju mengalir sambil mengunyah kek yang terasa manis.
          
          Akeva mengusap rambut Naeif. Jemarinya turun, mengelap air mata Naeif pula. Semakin lama, esakan Naeif semakin kedengaran.
          
          "Sedap?" Soal Akeva lembut. Naeif angguk dan hanya makan dengan diam berselang seli esakan.
          
          "Jangan menangis lagi." Pujuk Akeva namun dia tahu itu sia sia apabila air mata Naeif terlihat semakin laju turun ke pipi.
          
          "Jahat. Semua orang jahat." Hampir tidak keluar suara Naeif.
          
          "I know. I'm sorry." Kata Akeva.
          
          
          *****
          
          
          08th May, 2026

eychaeyheynn

Tangan Naeif naik mencengkam rambutnya sebelum kepalanya dipukul berkali kali.
          
          Akeva melihat darah mula mengalir dari kepala Naeif. Pistolnya diturunkan.
          
          "Naeif."
          
          "Satu. Satu peluang sahaja lagi. Kita hidup bersama ya? Lupakan malam ini. Kita hidup macam orang lain. Ya? Kau.. kau nak hidup dengan aku kan?" Soal Naeif dengan senyuman. Senyuman yang dipaksa. Tangannya bergetar hebat. Darah mula menitis dari pelipis ke lantai bilik.
          
          Akeva mendekati Naeif. Kedua tangannya memekup muka Naeif.
          
          "Aku sakitkan kau sampai begini. Kenapa kau masih ingin teruskan ini?" Soal Akeva. Air mata Naeif dilap.
          
          Naeif menggeleng.
          
          "Akeva.. Aku tak sakit. Jadi hiduplah dengan aku. Kau kena hidup dengan aku. Tolong hidup dengan aku. Aku akan buat semuanya. Bagitahu sahaja. Jika aku perlu jadi hamba kau sekalipun, aku sanggup. H.. Hidup dengan ak.. aku.. ya?" Soal Naeif. 
          
          Saat tangannya meraih tangan Akeva, Akeva terasa tangan Naeif sangat sejuk.
          
          
          ****
          
          D'EZEKIEL SERIES | 7

eychaeyheynn

"Pembelot." Alexander bersuara. Akeva menggeleng.
          
          "I tak akan belot you. I sayang keluarga kita, daddy." Akeva membuat riak sedih. Berkaca kaca matanya memandang Alexander.
          
          "Kau ingat aku bodoh?" Soal Alexander geram.
          
          "Sekejap, I bawa sesuatu untuk you." Kata Akeva sambil menggagau didalam beg tangannya. Semua mata memandang beg Akeva.
          
          Seketika kemudian, Akeva mengeluarkan sesuatu didalam kepalan tangan. Kepalan itu dibuka dan hanya kosong. Tiada apa apa diatas telapak tangan Akeva.
          
          Akeva mengangkat tangan yang kosong lalu jari tengah dinaikkan. Sengihan diberi.
          
          "Perempuan sial." Bisik Alexander. Akeva ketawa sahaja sambil mengelap air mata palsunya dengan jari tengah.
          
          "Semoga panjang umur, daddy." Ucap Akeva lalu tunduk sedikit dan berjalan pergi sambil bersiul.
          
          *******
          
          https://www.instagram.com/stories/eychaeyheyn/3833142001383176861?utm_source=ig_story_item_share&igsh=MjNvZzVncTR2Ym9i

eychaeyheynn

Korang janganlah takut untuk baca THE LUNACY hahaha. Saya tengok kamu kamu ni add semua stories saya dalam reading list kecuali THE LUNACY hahahah. Nanti baca THE LUNACY juga yaa ♡
          
          It's a happy ending, i pomishh

akakminion

@eychaeyheynn sis i dh reread hritu... air mata jatuh xmain ii ekk
Responder

Rasyura__

Saya dah baca menangis pukul 6 pagi 
Responder

Xizitay_

@eychaeyheynn masih nak prepare jiwa dan raga ku untuk bacaaa
Responder