Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, Pemilik Hati Mr. Tunku dijangka akan tamat sekitar bulan Jun nanti.
Selepas itu, kisah akan diteruskan dengan Milik Dia, yang akan menjadi sambungan kepada perjalanan cerita yang sedang berlangsung sekarang.
Dan dengan tamatnya Milik Dia, maka secara rasminya Tengku Series juga akan sampai ke penghujungnya.
Namun itu bukan bermakna dunia cerita ini akan benar-benar berakhir.
Selepas Tengku Series tamat, akan ada series baharu yang berkaitan, iaitu kisah generasi seterusnya yang akan meneruskan legasi mereka, Dynasty Series.
Dan sebelum semuanya sampai ke penghujung, saya juga sedang merancang satu kejutan yang sangat meriah untuk Tengku Series nanti.
Terima kasih kepada semua pembaca yang setia mengikuti perjalanan cerita ini dari awal hingga sekarang. Sokongan kalian sangat bermakna bagi saya sebagai penulis.
Nantikan pengakhiran Tengku Series… dan juga permulaan kepada cerita yang baharu.