flshlght_

overthink. 

flshlght_

Ada waktu, kita terlalu ingin membenci dunia kerana telah memberi kita luka.
          Namun lupa mengucapkan terima kasih dikala dunia membuat kita ketawa.
          
          Perkara sedih, gembira, sakit dan bahagia datang bersilih ganti.
          Menandakan kita hidup sebagai seorang manusia biasa.
          
          Ujian seperti ombak yang menenggelamkan , jika putus harapan maka matilah kita ditelan ke dasarnya yang dalam. Tapi jika kita terus kuatkan hati tidak mustahil kita mampu berenang menyelamatkan diri ke permukaan air.
          
          Kawan,
          teruslah teguh walau dibadai ombak yang kuat, 
          tegarkanlah hati walau pahitnya realiti ini,
          dan utuhkanlah kakimu berdiri untuk terus melangkah.
          
          Percayalah,
          kita bukan tak mampu,
          tapi kita yang tak ingin mencuba.
          
          @Coretan Maya / 12.00 PM
          
          btw, 
          Happy Eid Mubarak, salam kosong-kosong :)