gadiskristal

Diksi Kata:
          	Kucari cintaMu.
          	
          	Fitrah manusia mencari yg indah, 
          	Sanggup tempuh walau susah,
          	Terluka sakit berdarah.
          	
          	Fitrah manusia mendamba bahagia,
          	Walau titi berduri tak terkira,
          	Berjalan buta seakan tiada apa.
          	
          	Fitrah manusia mengimpi cinta,
          	Mengaburi bumi dan seisinya,
          	Dari mata yang disirna,
          	Sakti cinta yang tiada tandingnya,
          	Hanya bahagia menghias di hujungnya,
          	Sungguhpun takdir itu rahsia! 
          	
          	Fitrah manusia tiada apa yang dia tahu, 
          	Indah yang dicari,
          	Bahagia yang didamba,
          	Cinta yang diimpi,
          	Hanya pemilik langit penentu penghujungnya,
          	Apakah yang dilihat dan dirasa benar atau dusta.
          	
          	Fitrah manusia diuji dan disergah, 
          	Agar selalu terduduk dan terngadah,
          	Membangkit sedar, alpa yang parah,
          	Tersasar jauh dia melangkah,
          	Menuju cinta, meninggal fitrah,
          	Tiada tersisa walau sezarah,
          	Dek terbuai hiasan kisah.
          	
          	

gadiskristal

Diksi Kata:
          Kucari cintaMu.
          
          Fitrah manusia mencari yg indah, 
          Sanggup tempuh walau susah,
          Terluka sakit berdarah.
          
          Fitrah manusia mendamba bahagia,
          Walau titi berduri tak terkira,
          Berjalan buta seakan tiada apa.
          
          Fitrah manusia mengimpi cinta,
          Mengaburi bumi dan seisinya,
          Dari mata yang disirna,
          Sakti cinta yang tiada tandingnya,
          Hanya bahagia menghias di hujungnya,
          Sungguhpun takdir itu rahsia! 
          
          Fitrah manusia tiada apa yang dia tahu, 
          Indah yang dicari,
          Bahagia yang didamba,
          Cinta yang diimpi,
          Hanya pemilik langit penentu penghujungnya,
          Apakah yang dilihat dan dirasa benar atau dusta.
          
          Fitrah manusia diuji dan disergah, 
          Agar selalu terduduk dan terngadah,
          Membangkit sedar, alpa yang parah,
          Tersasar jauh dia melangkah,
          Menuju cinta, meninggal fitrah,
          Tiada tersisa walau sezarah,
          Dek terbuai hiasan kisah.
          
          

gadiskristal

| Rentak Rindu |12111999|
          
          Hari ini aku mengigau dari lena
          Termimpi ceritera kasih bercampur rindu
          Walau ia cuma terlukis di minda
          Namun ia selalu menghantui ku
          
          Kenapa kali ini kau mengetuk hati
          Meraba rindu yang sudah lama terbuku
          Lalu mencuri qalbu dan terus mengunci
          Membuat aku terpaksa mengikut rentak rindu 
          
          Aku tak mampu menjadi Abu Bakar
          Yang selalu membenarkan aksara mu
          Namun aku juga tak mampu menjadi Umar
          Yang sentiasa melindungi jiwa mu
          
          Sungguh aku mahu mempertahankan 
          Tali persahabatan yang kita simpulkan
          Namun aku tak mampu meneruskan semua ini
          Kerna kita sudah tidak sehaluan
          
          Ya Qahhar Ya Ghafur
          Andai aku tak mampu berjumpa di dunia
          Pertemukan aku dengannya di akhirat sana
          Andai masih ada naluri persahabatan antara kita
          Perkuatkan ia supaya kami berkawan selamanya
          Andai kami ditakdirkan untuk berpisah
          Perbaikilah iman kami supaya Redha dan pasrah
          

gadiskristal

Tertinggal ikhlas,
          
          Naik tangga berpuluh tingkat. Sampai atas, kunci pintu tertinggal dalam kereta.
          
          Beramal puluh tahun. Sampai akhirat, Ikhlas tertinggal. Amal di dunia tanpa ikhlas.
          
          Apa yang kita dapat?
          Penat dan letih semata-mata.
          
          

gadiskristal

Senyum,
          Saat aku berfikir,
          Menyoroti hikmah takdir yang terukir,
          Untuk mengubati hati yang lara,
          Gundah dan gelisah yang melanda,
          Plot baru kisahku muncul tiba-tiba,
          Melangkaui bayangan manusia biasa,
          Membuatkan aku tersenyum seketika,
          Seakan berpesan agar aku terus yakin dan percaya.
          
          Benar,
          Ini semua aturan Tuhan,
          Sememangnya untuk kebaikan,
          Jauh sekali keburukan menjadi tujuan,
          Kerana Allah tahu apa yang kita perlukan.
          
          Takdir itu misteri,
          Pengajaran bagi yang hidup di dunia,
          Agar terus yakin berdiri,
          Perlunya Allah di sisi,
          Apatah lagi di hati.