#special part from C.R.E.E.P.Y.L.O.L.L.I.P.O.P
SP#AYAMPANGGANG
Bibik aku memang lembap buat keje, setiap kali mesti aku juga yang kena pesan dekat dia. Pagi esok aku kena gerak awal ke tempat kerja, katanya bos sebab meeting dengan client daripada Jepun. Seperti biasa, aku tinggalkan nota dekat peti sejuk untuk bibik aku buat keje semasa ketiadaan aku.
-amik ayam dalam peti sejuk masukkan dalam oven.
-panggang ayam dalam 200°c, biar rentung sikit pon tak apa.
-jagakan Amy dan salin pampers dia.
Aku balik rumah jer semerbak bau ayam panggang,aku mendekati buaian Amy yang dari tadi berhenjut. Aku menjerit lantang apabila terlihat ayam mentah didalam buai.