gwendalvonlee
Imaginasi bagus tapi terkawal, jangan jadi terlalu liar sehingga ia menjadi sesuatu yang tidak bermoral. Kerana setiap tulisan umpama 'medan' yang dipertontonkan kepada banyak mata dan pemprosesan yang berlaku boleh diintepretasi dalam cara yang berbeza-beza.
gwendalvonlee
Jam 4.40 pagi, masih meneruskan penulisan buku yang seterusnya, The Heir: Senshin
gwendalvonlee
Tales of The King: Senshin Koru ialah buku kedua dalam trilogi Senshin Koru. Kini buku pertama dan ketiga dalam perjalanan. Tahun ini InshaAllah, saya akan selesai kan. Untuk buku TOTK Senshinkoru, buku ini sudah diterbitkan, kerana itu EPISOD tidak penuh. Maka bagi yang berminat untuk membuat bacaan penuh, jangan segan untuk hubungi saya ya
gwendalvonlee
TALES OF THE KING:SENSHIN KORU BAB 8: THE ROYAL HONEYMOON (BAB TERAKHIR) “Biar saya pandu kenderaan ni.” Kata-kata Thea Qistina mengejutkan Koru yang sudah bersiap sedia di kerusi pemandu. “Awak? Boleh ke?” “Mestilah! Giliran awak menjadi penumpang. Biar saya jadi juruterbang awak kali ini.” “Boleh ke?” Koru menyoalnya berkali-kali. “Boleh. Percayalah.” Teragak-agak, tetapi Koru tetap menurut, bertukar tempat duduk dengan isterinya yang sangat teruja untuk memandu kenderaan tersebut. Dia tahu Thea Qistina tidak mahir dalam pemanduan kenderaan walaupun wanita itu memiliki lesen memandu. “Tengoklah kehebatan saya, senior. Sebagai isteri kepada juruterbang terbaik METSU, saya akan tunjukkan kebolehan saya di hadapan suami saya.” Koru mengeluh sambil tertawa. Dia hanya mampu menggaru dahi melihat persediaan yang lama dilakukan oleh Thea Qistina. Thea Qistina memeriksa satu per satu sistem pemanduan yang sepatutnya auto-pilot, dengan bersusah payah, menyebabkan si suami tergelak beberapa kali. “Qistina, awak tak boleh-” “Senior, janganlah kacau. Senior berehat saja, duduk macam saya selalu buat.” “Okay, you’re the queen,” Koru mengalah. “Baiklah. Bersedia.” Dia sepatutnya menekan butang pemecut secara berperingkat. Tetapi yang berlaku, dia menekan butang pemecut sepenuhnya menyebabkan kenderaan itu memecut laju ke hadapan tiba-tiba. “Qistina…!” Koru menjerit. “Apa awak buat ni?! Mana boleh pecut satu saat?!” Kenderaan masih bergerak laju, wanita itu cuba mengawalnya tanpa memperdulikan suaminya yang ketakutan. “Slow down, slow down… wargh!” Koru menutup mata, menjerit ketakutan, memegang kerusi erat. “Berhenti! Berhenti!” “Saya boleh lakukan!” Thea Qistina berdegil. Koru menjerit lagi apabila kenderaan itu membuat selekoh tajam. “Qistina, kalau awak nak mati bersama saya pun, biarlah kita honeymoon puas-puas dulu…!” “Saya boleh lakukan!” “Berhenti!”
gwendalvonlee
cuti-cuti jap. next week baru update lagi
syas58
Mind to follow back ^-^
gwendalvonlee
TALES OF THE KING: SENSHIN KORU BAB 8: THE ROYAL HONEYMOON (BAHAGIAN 1) “Cantiknya…! Ini sangat cantik!” Koru mengekorinya rapat sebelum berhenti untuk memeluknya erat dari arah belakang. “Tapi awak lebih cantik…” dia berbisik ke telinga isterinya, dengan nada yang lembut, sedikit menggoda. Ah? Jantung si isteri mula berdegup. Adakah suaminya sedang menggodanya? Tak mungkin! Dia cuba menenangkan diri sendiri. Risau jika berlaku 'itu' pada malam ini kerana dirinya langsung tidak membuat sebarang persediaan emosi setelah dibiarkan kesejukan selama dua malam. Dia hanya berharap suaminya akan teruskan bertafakur seperti sebelum ini. Namun gelisah itu dibiarkan sahaja kerana pemandangan di hadapannya lebih menenangkan hati. Begitu asyik dengan keindahan bunga kegemaran Koru dengan kehadiran angin lembut menyapa mereka. Mengambil peluang suasana yang indah, Koru bersenandung perlahan di telinga si isteri membuatkan senyuman manis terukir. “I love you, Senshin Koru… terima kasih untuk pengalaman manis ini…” “Terima kasih kerana setia kepada saya…” Thea Qistina memalingkan badan, mengadap Koru. “Saya akan sentiasa setia kepada awak…” “Awak berjanji awak takkan tinggalkan saya?” “Janji.” “Awak berjanji akan berada di sisi saya walaupun saya bukan raja?” “Janji.” “Awak berjanji untuk bersarapan, makan tengah hari, makan malam dengan saya setiap hari? Oh kecuali sekiranya saya bertugas di luar.” Ketawa kecil Thea Qistina dibuatnya. “Saya janji.” “Awak berjanji untuk melahirkan, menjaga dan mendidik zuriat kita dengan penuh kasih sayang?” Hah… mengangguk dengan senyuman. “Saya janji…” “Jadi, bolehkah kita… emm… mulakan proses itu?” “Proses? Proses apa?”
gwendalvonlee
TALES OF THE KING: SENSHIN KORU BAB 7: THE ROYAL WEDDING (BAHAGIAN TERAKHIR) “Saya tak sangka akan ada perkara seperti ini,” Thea Qistina cuba menutup wajahnya dengan rambut panjang, menahan malu. “Saya juga hampir terlupa tentang ini… hmm…” Koru menggaru kepalanya yang tidak gatal. Telinganya merah, sama seperti isterinya dia sedang menahan malu. Pandangan dialihkan ke arah katil yang dipenuhi dengan kelopak bunga mawar merah. Dia berfikir mungkin masanya sudah tiba, untuk malam pertama mereka sebagai suami isteri. Ritual suci. Dia melangkah perlahan merapati Thea Qistina tanpa langsung mengalihkan renungannya, kerana itulah detik yang ditunggu-tunggunya selama ini. Si isteri tertunduk, membisu, namun hatinya penuh debaran. Selangkah Koru mara ke hadapan, semakin tinggi getaran jantung Thea Qistina. Apatah lagi berdua-duaan bersama sang kekasih untuk sebuah ritual yang suci selepas diijabkabul sebagai suami isteri, pertama kali. Namun di pertengahan jalan, Koru mematikan langkahnya. “Awak tidurlah atas katil tu. Saya hendak bertafakur seketika,” ujar Koru. Kata-kata Koru amat mengejutkan Thea Qistina. “Saya rasa bukan itu yang berlaku pada malam pertama…” wanita itu memandang Koru pantas. Sang suami hanya memberikan senyuman. “Saya tahu. Tapi… awak berehatlah. Kita ada acara lagi pada pagi esok.” Ah? Koru kemudian meninggalkannya, menuju ke beranda lalu duduk di atas lantai dalam posisi untuk bertafakur. Dia memejamkan matanya, mengosongkan minda, pada masa yang sama merehatkan badan yang kepenatan. Tindakan Koru membuatkan Thea Qistina bingung dan kecewa pada masa yang sama. Bukan itu yang diharapkannya pada malam pertama bersama kekasih yang sekian lama ditunggu. ‘Apa yang berlaku?’ dia menanyakan dirnya sendiri. Memandang Koru yang fokus bertafakur. ‘Kenapa dia mesti bertafakur pada waktu macam ni?’
gwendalvonlee
TALES OF THE KING: SENSHIN KORU BAB 7: THE ROYAL WEDDING (BAHAGIAN 6) Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kemeriahan suasana sudah tidak dapat digambarkan. Rakyat Havana sudah memenuhi dataran di luar perkarangan Istana Kota bagi meraikan perkahwinan bakal raja dan bakal permaisuri Havana. Ramai yang menari dengan iringan muzik tradisional, termasuk kanak-kanak. Ia merupakan acara yang sangat luar biasa kerana ia jarang berlaku bagi keluarga di-raja di mana bakal pengantin ialah pasangan kekasih. Rakyat gembira kerana bakal raja mereka menemui cinta hatinya tanpa campur tangan Majlis Raja-raja. Di sebalik kemeriahan di luar, keresahan memuncak apabila pengantin lelaki masih belum pulang dari Gunung Mori. Esfan, Lee Shin, Josiah dan Nathan begitu resah di Sayap Kiri Kediaman Sakura sehinggakan tiada seorangpun di antara mereka yang bersuara. Duduk di atas sofa, dengan memakai pakaian tradisional keluarga Senshin, masing – masing berlagak tenang. Tiada sesiapapun di dalam istana mengetahui ketiadaan Koru di Sayap Kiri termasuk Thea Qistina. Akhirnya Esfan memecahkan kebuntuan ruang menunggu. “Aku nak cari dia sekarang!” dia bangun dan bergerak keluar dari ruang tersebut. “Eh Esfan! Tunggu!” Josiah mengekorinya rapat. Putera Akira yang kebetulan sedang menghala ke ruang menunggu terpinga-pinga melihat mereka berdua melintasinya dalam keadaan tergesa-gesa, kemudian segera merapati Lee Shin dan Nathan yang masih kaku di sofa. “Adakah abang Koru sudah siap? 30 minit lagi sebelum Ketua Acara Protokol memulakan acara,” ujarnya. Namun tiada di antara Lee Shin mahu pun Nathan mampu memberikan jawapan itu kepadanya. “Hmm… abang Koru di mana?” soal Putera Akira lagi. Dia kemudiannya berjaya menangkap sut pengantin tradisional rasmi putera mahkota yang masih tergantung kemas tidak jauh dari pandangan matanya. “Woah woah…! Kenapa baju ni masih tak disarung?!” “Ampun tuanku tetapi pengantin lelaki tidak dapat dikesan dalam radar.” akhirnya Lee Shin bersuara. “What?!”