Tanpa ku sedari, sudah 4 bulan aku mendirikan rumah tangga. Aku terima banyak soalan yang membuatkan aku rasa sangat beremosi.
"Bila nak ada anak?"
"Macam mana hidup berkahwin? seronok?"
Bila mual/muntah/sensitif dengan bau, laju ditanya, "mengandung ke?"
Tolonglah, aku cuma insan biasa, Ikhtiar, sekiranya Allah beri rezeki awal, aku bersyukur.
Ya, aku pun teringin nak ada anak. tambahan pula dengan usia suami aku yang dah sepatutnya ada anak. terasa tau. Kekadang, soalan tu bukan keluar dari mulut orang luar, tetapi orang yang kita sayang, yang dekat dengan kita. Sakit rasanya.
Aku gembira bila tengok orang yang TTC mengandung. Air mata aku mengalir. Aku turut gembira. Pada masa yang sama, aku berdoa juga agar dikurniakan zuriat.