hayraelle

Lima tahun bukan masa yang singkat untuk Atiya Darlina menghilangkan rasa cintanya terhadap lelaki yang selama ini dia dambakan. Gadis itu belajar untuk diam di samping lelaki yang setiap kata-katanya hanya memberi luka. Reyan Ardan, jejaka yang menjadi pujaannya dari jauh kini menjadi hukuman yang paling berat dalam hidupnya.
          	
          	Bagi Reyan, Atiya adalah simbol pengkhianatan. Dosa yang tidak pernah Atiya lakukan menjadi beban yang tidak mampu dia jelaskan.
          	
          	"Jangan tunjuk rasa cinta kau, Atiya. aku tak perlukan cinta daripada orang seperti kau." - REYAN ARDAN
          	
          	"Kalau membenci saya buat awak rasa tenang, bencilah saya sepuasnya. Tapi jangan hukum hati saya yang masih cuba untuk setia." - ATIYA DARLINA
          	
          	Reyan masih berperang dengan masa lalu, dengan fitnah yang memenjarakan hatinya. Tanpa dia sendiri sedar di tengah kebencian itu, sesuatu mula tumbuh dengan perlahan dan menyakitkan malah ada bahagian dalam diri Reyan yang runtuh tanpa rela.
          	
          	Apabila rahsia lama terbongkar, dia sendiri tersungkur di hadapan kebenaran yang selama ini dia tolak mentah-mentah.
          	
          	"Maafkan abang kerana terlalu membenci hingga lupa siapa yang sebenarnya terluka." - REYAN ARDAN
          	
          	"Khilaf saya sebab tetap mencintai awak walau cinta itu menyakitkan." - ATIYA DARLINA
          	https://www.wattpad.com/story/403807528

Menulislah walau hatimu letih, walau semangatmu runtuh. Tidak mengapa jika perjalananmu lambat, kerana setiap huruf yang kamu tulis adalah doa yang sedang membentuk takdirmu. Suatu hari nanti, dunia akan membaca karyamu dan memahami mengapa kamu tidak pernah berhenti. Sampai waktu itu tiba…teruslah menulis, teruslah bermimpi.
          
          simpan sini untuk ingatan.

hayraelle

“People come and go.”
          
          Tapi pelik… kenapa yang pergi tu masih tinggal dalam kepala?

hayraelle

@CIKRISYA memori tak nak log out
Reply

CIKRISYA

@hayrawrs jelas kan. like what you said . 'PEOPLE come and go' . not the MEMORIES .
Reply