sedih juga tadi dengar ada orang cakap,
"musim-musim covid ni kerja yang paling untung cikgulah. Bagi-bagi kerja dekat whatsapp lepastu siaplah. Gaji jalan macam biasa."
depa taktau ka ada ja golongan cikgu yang struggle habis-habisan nak bagi anak murid masuk kelas, rancang pdpr yang menarik, cari bbm yang lebih kreatif, tunggu anak murid masuk kelas. Kadang-kadang tu dah berkobar-kobar semangat nak mengajar, tapi anak murid tak ramai yang boleh join sebab masalah internet, kekurangan fasiliti, tidur dll.
Sebab tu la, ada sesetengah cikgu guna aplikasi whatsapp. Mudah pelajar nak akses, pelajar boleh download kerja dan baca bahan. Bukan kiranya cikgu tu buat kerja 'halal-balal' ja, tapi dah tu salah satu daripada antara cara yang dapat memudahkan pelajar dan guru.
Cikgu ni kalau boleh, pelajar tak dapat banyak, dapat sikit pun jadilah. Jadi, tak adillah untuk kita pukul rata, antara cikgu yang sememangnya menjalankan tugas dengan komited dengan guru yang kurang beretika.
walau apapun, semoga rakyat Malaysia diberi kemudahan dan peluang untuk mendapatkan pendidikan dengan sempurna walaupun kita berada pada norma baharu ini.
"Hanya pendidikan yang dapat mengubah nasib sesuatu bangsa mahupun kaum."
sekian salam sayang dari saya,
H.G
Bakal guru.
julai sembilan, dua puluh dua puluh satu.
jam 1736