honeYing71

Sudah terlalu lama aku tidak menitip rasa di mana-mana.
          	Segala yang pecah, aku tanam diam-diam
          	di sudut hati yang semakin sesak dengan luka.
          	
          	Kebelakangan ini, aku rasa
          	separuh daripada diri aku hilang.
          	Entah tercicir di mana
          	sampai aku sendiri tak mampu mencari.
          	
          	Aku masih berjuang untuk hidup,
          	masih cuba berdiri seperti biasa,
          	tetapi lucunya, aku sendiri tidak tahu
          	apa sebenarnya yang aku mahu.
          	
          	Aku jadi manusia yang pendiam.
          	Bercakap bila perlu, tersenyum bila dipandang,
          	sedangkan dalam diam
          	aku sedang perlahan-lahan tenggelam.
          	
          	Kadang aku rasa
          	orang sekeliling makin jauh daripada aku.
          	Atau mungkin…
          	aku yang terlalu penat
          	untuk menjadi seseorang yang menyenangkan lagi.
          	
          	Ada terlalu banyak takut
          	yang aku simpan sendiri.
          	Terlalu banyak penat
          	yang tidak pernah sempat diluah.
          	
          	Dan malam-malam begini,
          	aku selalu terfikir alangkah tenangnya
          	kalau aku boleh hilang sekejap dari dunia.
          	
          	Bukan untuk pergi selamanya,
          	cuma mahu berehat
          	daripada perasaan
          	yang tak pernah berhenti menyakitkan.
          	
          	Sebab semakin hari,
          	aku makin percaya
          	bahawa tidak semua orang
          	masih suka akan kewujudan aku.
          	

honeYing71

Sudah terlalu lama aku tidak menitip rasa di mana-mana.
          Segala yang pecah, aku tanam diam-diam
          di sudut hati yang semakin sesak dengan luka.
          
          Kebelakangan ini, aku rasa
          separuh daripada diri aku hilang.
          Entah tercicir di mana
          sampai aku sendiri tak mampu mencari.
          
          Aku masih berjuang untuk hidup,
          masih cuba berdiri seperti biasa,
          tetapi lucunya, aku sendiri tidak tahu
          apa sebenarnya yang aku mahu.
          
          Aku jadi manusia yang pendiam.
          Bercakap bila perlu, tersenyum bila dipandang,
          sedangkan dalam diam
          aku sedang perlahan-lahan tenggelam.
          
          Kadang aku rasa
          orang sekeliling makin jauh daripada aku.
          Atau mungkin…
          aku yang terlalu penat
          untuk menjadi seseorang yang menyenangkan lagi.
          
          Ada terlalu banyak takut
          yang aku simpan sendiri.
          Terlalu banyak penat
          yang tidak pernah sempat diluah.
          
          Dan malam-malam begini,
          aku selalu terfikir alangkah tenangnya
          kalau aku boleh hilang sekejap dari dunia.
          
          Bukan untuk pergi selamanya,
          cuma mahu berehat
          daripada perasaan
          yang tak pernah berhenti menyakitkan.
          
          Sebab semakin hari,
          aku makin percaya
          bahawa tidak semua orang
          masih suka akan kewujudan aku.
          

honeYing71

          rindu yang tiada ubat ://
          
          Ayah,
          Sudah lama tidak dengar khabarmu . Bahagiakah kau disana ? sehingga di dalam mimpiku kau tidak muncul ? Aku ingin bercerita bahawa tiap-tiap hari aku tetap sama kerana perubahan seperti apapun tidak bisa membuatku berhenti memikirkanmu . Rasa sakit merindukanmu akan tetap memelukku erat.
          
          Mak,
          Aku rindu . Rindu untuk tetap ada di dalam pelukanmu, di sisimu bahkan saat ini aku masih perlukanmu . Semakin aku dewasa berat bagiku untuk tempuh ujian apabila sosok kamu sudah tidak ada :( rumit rasanya tanpamu . Mak perlu tahu sekarang rutin aku selalu melihat langit . Setiap kali menatapnya aku selalu mengingatimu . Dahulu kita sedekat nadi tapi sekarang cukup untuk tahu bahawa Mak di tempat yang jauh sekali.
          
          • Al - fatihah ❤️

honeYing71

ya allah tak sangka ada yg baca :( thankyou awaknyaaa semoga Allah membalas kebaikan dan doa awak ❤️
Reply

Nurul4Wadi

@honeYing71 • Hi author. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kerana telah melangkah sejauh ini.. Author kuattt sebab dah usaha sampai sini.. <3 sangat menginspirasikan dan mengagumkan kami. Semoga dipermudah segala urusan author, semoga terus kuat dan tabah menempuhi liku² dunia juga.. huwaaaa Mak dan Ayah mesti bangga sbb author setabah ini. Moga baik² semuanya aamiin. Sending hugs and love ♥️♥️♥️♥️♥️
Reply

ghyonn