kak-kak, puan-puan, cik-cik,
fatwa Malaysia hanya meletakkan hukum sunat dalam mengenakan purdah. bukan wajib. kita kena tahu beza hukum itu. taksub bagaimana yang saya katakan itu?
kita sedia maklum kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia tidak membenarkan pelajar memakai purdah. ada segelintir akan marah kata kenapa pihak sekolah tak bagi, nak jaga ikhtilat tak boleh dan mulut terus berkata-kata.
nak jadi muslimah solehah bukan hanya mengenakan purdah dah solehah tahu? banyak lagi cara. usah kerana tidak dibenarkan memakai purdah, kita memberontak. kata yang buruk-buruk. jika ditetapkan peraturan sedemikian, IKUT. tiada masalah untuk kita bijak menjaga ikhtilat walaupun tidak mengenakan purdah. ingin dijadikan cerita, kawan-kawan saya sangat bijak menjaga ikhtilat sedangkan mereka bukan 'niqabis'.
yang bijak menjaga diri kita ada hati kita sendiri. Jika kita melayan, apa guna? bayangkan jika awak pakai purdah, dan awak layan lelaki, bukankah ianya akan hanya mengeruhkan lagi suasana? awak dah tahu manusia ni akan nampak yang buruk je. akhirnya apa jadi? purdah disalahkan. see.
sebab itu, kita nak ikut sunnah jangan berdegil. ikut situasi. di sekolah tidak dibenarkan, pakailah diluar. tak salah diluar. kita jadilah muslimah yang mengikut sunnah serta mengikut peraturan. kan lagi bagus?