Tolong sedar bahawa proses kehidupan yang kita hadapi sekarang ni adalah realiti dan bukannya sekadar khayalan .Jadi , berhentilah berharap bahawa ada seseorang yang akan payungkan kau apabila kau berada dalam hujan.Seseorang yang akan meminjamkan jaketnya kepada kau untuk memanaskan badan kau ,seseorang yang akan sentiasa memahami kau lebih daripada seorang teman ,seseorang yang akan datang dan lindungi kau waktu kau berada dalam masalah .Seseorang yang akan datang memberi bantuan walau dimana dia berada hanya untuk membantu kau yang berada di dalam kesusahan .Sudah sudahlah berharap sesuatu yang mustahil .Mungkin di dalam novel ,mudah untuk dijumpai .Tapi sekarang ini , Realiti dimana jatuh bangun kita sendiri . Berhenti berharap dan kuatkan semangat hadapi segala dugaan dan rintangan ini .Jangan degil ,sebab kau akan terlalu kecewa apabila mula menyedarinya .
Kim Haera (^_-)