19/11/2021
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.
Mendapat perkhabaran duka bahawa Nafiz Al-Hakim Mohamad Zaki telah pergi buat selama-lamanya. Terkejut dengar, rasa terkilan sebab tak sempat balas chat arwah. Nafiz seorang anak yang baik, seorang yang baik dengan semua orang. Seorang yang sentiasa bersemangat, tak pernah kenal erti putus asa walau apa jua keadaan. Nafiz juga seorang yang bercita-cita tinggi dan suka berkarya. Alhamdulillah, salah satu impian Nafiz untuk berkarya dan boleh mengeluarkan buku, sudah tercapai. Semoga dakwah yang Nafiz sampaikan dalam semua karya dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca. Damailah kau di sana.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
"Ya Allah, ampunilah dosanya, lapangkanlah kuburnya, kurniakanlah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
Semoga arwah Nafiz ditempatkan dalam kalangan para solihin, Aamiin. Buat sahabat-sahabat semua mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Nafiz Al-Hakim Mohamad Zaki. Al-Fatihah. InsyaAllah syurga buatmu Nafiz, Aamiin Ya Mujib. Salam Takziah buat keluarga.