lhikbal

"Baiklah, semalam cikgu ada bagi kerja sekolah pada kamu semua betul? Hari ni cikgu nak tengok lukisan kamu semua. Cepat, tunjukkan pada cikgu rumah impian kamu dan cerita sikit kat depan kenapa kamu nak rumah macam tu." Cikgu Rina memulakan kelasnya di hadapan semua anak-anak kecil di tadika pada hari itu.
          
          "Kenapa kau lukis gambar keluarga, kan cikgu suruh lukis rumah impian? Ke kau tak faham rumah tu apa?" soal Keisya yang berada di sebelah kanan Melur.
          
          "Aku tahulah apa aku lukis! Kau nak sibuk kenapa?" Melur membidas.
          
          "Alah, aku tanya je." Suara, Keisya perlahankan.
          
          "Melur, Keisya, ni kenapa bergaduh ni?" Cikgu Rina melangkah mendekati meja mereka.
          
          "Melur ni cikgu, cikgu suruh lukis rumah dia pergi lukis gambar keluarga. Dia yang tak faham arahan cikgu, lepas tu nak salahkan saya pula," bicara Keisya sambil menudingkan jarinya ke arah Melur.
          
          "Melur, cuba bagi lukisan kamu dekat cikgu. Cikgu nak tengok."
          
          Melur langsung menghulurkan kertas lukisannya sambil kepala terus tunduk memandang lantai.
          
          "Kenapa kamu lukis gambar keluarga?"
          
          "Rumah impian tak mesti rumah, kan cikgu?"
          
          Rina senyum sambil menahan air matanya daripada menitis. Melur, anak itu yatim piatu sejak lahir. Jadi sudah pasti, rumah banglo, bukan rumah impiannya lagi.
          
          "Kamu betul, rumah tak mesti rumah."
          
          https://www.wattpad.com/story/365427562?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=lhikbal

pimpimpom_08

lhikbal

Ada satu hal yang janggal, ketika kemalangan tembakan yang berlaku pada dirinya, orang terakhir yang masuk ke kamar sebelum insiden ialah Zehra, yang ada pada waktu tembakan berlaku ialah Azalea tapi cap jari yang dia temukan pada pistol adalah milik Bella.
          
          ***
          
          "Aku tak mahu paksa kau untuk ikut aku. Pisau ada ditangan kau, kau yang tentukan mahu atau tak mahu untuk menikam bahagian belakangnya."
          
          https://www.wattpad.com/story/209281511?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=_MissLiyana&wp_originator=gvwFsmn2EsLadaQS85RK4wGTjTxIioWcrnCJqXdvsDw4jZK9sZ8bKzx%2BVb%2Fuc%2BogT4WEMfrboeA1BCoO9NV119M%2BnZAoO4MOCHJ2GGLjvnF83IG8yzLUk3fqRFeva1tU
          
          Assalamualaikum, maaf ganggu. Saya tumpang promote!