insan_sepiHIV

Izinkan daku merasai cinta yang ikhlas dan tulus. Benarkan aku mengecapi rasa dicintai, disayangi dan dihargai. 
          	
          	Namun, bayangan gelap yang mengerikan masih nenghantuiku. Adakah masa dan keberadaan diriku ini menyebabkan galang halangan kepada cinta? 

Adamharisson

Biarkan pemuda yang putus asa itu pergi berburu, jika ia membunuh gajah, kemiskinannya berakhir, jika gajah membunuhnya, kemiskinannya berakhir.
Reply

hfy_hay

Assalamualaikum,
          Sy nk ucp al fatihah utk arwah, 
          sedih nagis baca ni terutama kami apa lagi sy yg masih mencari erti hidup, baru lepas ke dunia dewasa....
          Sy baca cerita buat sy berusaha untuk diri sy sendiri, inysallah sy ambik baiknya dan buruknya jadi pelajaran utk sy, Luas pemandangan tk blh di ukur untuk sy, sy harap apapun berlaku di luar sana semua org tabah!!
          semangat author tetap all the best for u! inysallah! Sy doa semuanya berjalan lancar, sy terharu author, is make me open my eyes more and thinking this world many people have they own struggle but some is hide it. I try my best to be more humble to forgive people, thinking allah is always there. Thanks so much! Sorry if this long and annoying u^^
          Thanks you.

insan_sepiHIV

Waalaikumussalam, mohon maaf kerana lambat balas kerana jarang saya buka dah Wattpad. Terima kasih setulus ikhlas dari saya kerana sudi membaca kisah hidup saya ini. Saya berharap agar apa yang tersurat dan tersirat dalam kisah hidup saya ini dapat dijadikan panduan dan iktibar. 
Reply

CikAmirah

Assalamualaikum penulis,
          
          Penulis apa khabar? Saya dah lama baca cerita penulis tapi harini tiba-tiba terdetik ingin bertanya tentang keadaan penulis selepas bertahun saya baca tulisan terakhir penulis.
          
          Penulisan penulis telah membuka pandangan saya lebih luas di usia muda, terima kasih.
          
          Semoga penulis sentiasa berada dalam lindungan Allah.

insan_sepiHIV

Izinkan daku merasai cinta yang ikhlas dan tulus. Benarkan aku mengecapi rasa dicintai, disayangi dan dihargai. 
          
          Namun, bayangan gelap yang mengerikan masih nenghantuiku. Adakah masa dan keberadaan diriku ini menyebabkan galang halangan kepada cinta? 

Adamharisson

Biarkan pemuda yang putus asa itu pergi berburu, jika ia membunuh gajah, kemiskinannya berakhir, jika gajah membunuhnya, kemiskinannya berakhir.
Reply

lhamfi89

As salam.. lama tak mendengar cerita. Harap penulis sihat hendakNya.. Cuma tiba2 teringat penulis. Jika ada masa, boleh jumpa … huhu

lhamfi89

@insan_sepiHIV aaah betul.. tu yg leceh sikit
Reply

insan_sepiHIV

Sekarang ni Wattpad sudah tak sediakan platform personal message lagi dah. Jadi semua perbualan kita sudah dihapuskan. 
Reply

lhamfi89

@insan_sepiHIV aah ye teringat sebab haritu saje tengok email2 lama then ada email yg pernah chat kat message dulu. Hehe.. skrg di mana ya agaknya
Reply

insan_sepiHIV

Penulis ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1444 Hijrah. Semoga segala amalan kebaikan kita diterima oleh Allah serta dilimpahi dengan kerahmatan, keselamatan, kebahagiaan dan rezeki. 

insan_sepiHIV

@hmzhmn Jika saudara menetap di kawasan KL atau dalam lembah Klang ini Insya Allah boleh kita berjumpa nanti 
Reply

insan_sepiHIV

@hmzhmn Saudara, saya tidak tahu apakah masalah sebenar yang saudara alami. Maaf juga kerana kita tidak boleh mesej secara peribadi memandangkan Wattpad tidak lagi menyediakan ruang dan manfaat saya untuk bermesej secara peribadi dengan saudara. Saudara, maafkan diri saudara terlebih dahulu…apa yang terjadi semuanya kerana khilaf diri. Maafkan diri saudara dan orang lain; kemudian lepaskanlah. Seumpama kita terlalu asyik menggenggam sehingga tidak sedar mampu mencedera atau menyakitkan keseluruhan tangan atau badan kita. Maka bagi hilangkan kesakitan dan kebas akibat genggaman itu, maka sudah tentu kita akan lepaskan dan biarkan tapak tangan kita terbuka. Inilah analogi yang boleh buatkan saudara berfikir, menilai dan menaakul. 
Reply

insan_sepiHIV

@hmzhmn saudara, terima kasih kerana sudi baca, memahami dan memaknai tersurat serta tersirat nasihat saya. Sungguh saya doakan agar Allah mengurniakan kesedaran, kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi situasi yang sedang berlaku. Nasihat saya kepada saudara juga memang saya tujukan kepada diri saya yang serba serbi daif dan naif ini. Demi Allah, saya bukan yang terbaik dan saa akui masih banyak bebal, khilaf dan jahil murakab diri saya ini. Mana nasihat dan kisah hidup saya ini yang baik ikutilah, mana yang tidak baik itu jangan sesekali diikuti. 
Reply

insan_sepiHIV

Demi Allah, aku tidak ada maksud untuk membunuh diriku dengan tanganku sendiri. Akan tetapi jika Allah mentakdirkan untuk malaikat maut menjemput diriku sungguh ku ikhlaskan sesungguh hati. Kadangkala diri ini elok tinggalkan dunia ini kerana saban waktu hati, perasaan, jiwa dan minda berkecamuk dengan apa yang telah ku alami. Biarlah diri ini pergi supaya yang ditinggalkan nanti senyum gembira dek pemergianku nanti. 
          
          “Ya Allah sungguh aku ikhlaskan diri ini untukMu menjemputku”

KamalMohd

@insan_sepiHIV bersabar lah wahai sahabat
Reply

insan_sepiHIV

Alhamdulillah, telah lama berhempas pulas dan bersengkang mata, akhirnya penulis telah memenuhi impian arwah abang Khairil. Walaupun arwah telah tiada namun restu dan sokongan yang pernah penulis terima telah penulis sendiri tunaikan amanahnya. Syukur, penulis telah menamatkan pengajian tertinggi. 

Angelina192430

Assalamualaikum... Apa lah kabar penulis ni ya... Semoga penulis sentiasa sihat sejahtera walau dimana jua berada. Teruskan berjuang dalam hidup ini...

insan_sepiHIV

Bukan tak mahu jumpa tapi saya malu. 
Reply

Angelina192430

@Angelina192430 Alhamdulillah... teringin nak jumpa depan2.. boleh sembang2 lebih...
Reply

insan_sepiHIV

Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat dan tak sihat. Insya Allah selagi bernyawa akan terus berjuang. Terima kasih atas nasihat dan kepedulian terhadap saya
Reply